CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 29, 2008

Liku-Liku Ramadhan Part II

Keluarga yang berasal dari Egypt ini kelihatan hendak membeli "Fanus Ramadhan", sejenis pelita tradisional yang terkenal semasa bulan Ramadhan di sebuah kedai di El-Sayeda Zaynab Cairo, Khamis, 28hb Ogos 2008 (KHALED DESOUKI/AFP/Getty Images)
Kanak-kanak perempuan dari Palestin ini didapati sedang bersembahyang di saf jemaah lelaki di sebuah masjid sebelum sembahyang sunat Terawih di Bandar Tebing Barat Ramallah, Rabu, 17hb September 2008 (AP Photo/Muhammed Muheisen)
Pemuda Pakistan ini mengerjakan sembahyang sunat di atas bumbung sebuah masjid di Peshawar, Pakistan. Jumaat, 5hb September 2008 (AP Photo/Mohammad Sajjad)
Keluarga Al-Zaim dari Duxbury, Massachusetts Sits, berkumpul untuk berbuka puasa. Ahad, 14hb September 2008 (Justine Hunt/Globe Staff Photo)
Kelihatan beberapa pekerja menjahit ketayap di sebuah kilang di Old Dhaka, Bangladesh. Penjualan ketayap mendapat permintaan tinggi dalam pasaran menjelang sahaja kedatangan bulan suci bulan Ramadhan. Khamis, 18hb september 2008 (REUTERS/Andrew Biraj)

Penduduk Muslim Kashmir sedang bersembahyang di dalam Masjid Jami'a @ Masjid Utama di hari pertama bulan Ramadhan di Srinigar, India. Juma'at, 5hb September 2008 (AP Photo/Dar Yasin)
Kanak-kanak ini sedang sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa di hari pertama bulan Ramadhan di Masjid Memon Karachi, Pakistan. Selasa, 2hb September 2008 (REUTERS/Athar Hussain)
Penuntut yang cacat penglihatan sedang mengaji Kitab Suci Al-Quran yang di tulis dalam tulisan Braille iaitu tulisan khas untuk mereka yang cacat penglihatan di Sekolah Islam Al-Qabas, Tebing Barat Ramallah. Ahad, 7hb september 2008
Seorang warga Kashmir sedang berehat setelah mengerjakan ibadat. Khamis, 11hb september 2008 (REUTERS/Fayaz Kabli)
Kanak-kanak Thailand sedang mengerjakan sembahyang di sebuah Masjid di Narathiwat, Thailand. Selasa, 9hb September 2008 (MADAREE TOHLALA/AFP/Getty Images)

Lelaki Afghanistan ini sedang melaungkan Azan di puncak sebuah bukit di Kabul, Afghanistan. Isnin, 8hb September 2008 (SHAH MARAI/AFP/Getty Images)
Seorang pekerja sedang menyediakan sejenis hidangan berbentuk manisan di sebuah kedai pastry di Tehran, Iran di hari ke-5 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Sabtu, 6hb September 2008 (REUTERS/Morteza Nikoubazl)
Jemaah perempuan bersembahyang di salah sebuah masjid di Surayabaya, Jawa Timur, Indonesia di hari pertama umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Ahad, 31hb Ogos 2008 (REUTERS/Sigit Pamungkas)
Buruh warga Pakistan sedang memikul setandan pisang untuk menambah jumlah stok di sebuah bilik stor di pasar buah-buahan Islamabad, Pakistan. Rabu, 13hb september 2008 (FAROOQ NAEEM/AFP/Getty Images)
Kepenatan dan mengantuk, seorang kanak-kanak tertidur di dalam sebuah masjid di Makassar, Indonesia ketika menunggu waktu untuk berbuka puasa di hari pertama bulan Ramadhan. Isnin, 1hb September 2008 (REUTERS/Yusuf Ahmad)

Saturday, September 27, 2008

Liku-Liku Ramadhan Part I

Melambangkan simbolik Islam, Gambar bulan sabit menunjang matahari yang terbenam ini dirakam di puncak menara Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan - Selasa, 16hb September 2008 (AP Photo/Wally Santana)
Salah seorang Pegawai dari Jabatan Agama Islam Brunei sedang me"rukyah" melalui telescope untuk melihat anak bulan Ramadhan dikawasan Bukit Agok diluar Bandar Seri Begawan pada 31hb Ogos 2008 (REUTERS/Ahim Rani) Salah seorang warga Palestin membaca Ayat Suci Al-Quran ketika umat Islam sedang berpuasa disalah sebuah Masjid di Tebing Barat Jenin - Khamis, 11hb September 2008 (AP Photo/Mohammed Ballas)
Rakyat Indonesia bersembahyang Jumaat berjamaah di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia. Sebuah Masjid Terbesar di Timur Selatan Asia - Jumaat, 12hb September 2008 (AP Photo/Irwin Fedriansyah)
Kanak-kanak perempuan dari Jordan sedang berbaris diluar Jabatan Pusat Kemanusiaan untuk mengambil bekalan makanan yang didermakan untuk juadah berbuka di Amman, Jordan. Sabtu, 13hb September 2008 (AP Photo/Nader Daoud)
Kelihatan salah seorang warga Palestin sedang mengerjakan sembahyang di bulan puasa Ramadhan di Masjid Al-Aqsa, Jerusalem. Jumaat, 12hb September 2008 (AP Photo/Bernat Armangue)
Beberapa warga Palestin sedang memimpin kanak-kanak untuk melalui Pos Pemeriksaan Kalandia di luar Tebing Barat Ramallah untuk memasuki Jerusalem untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Ribuan umat Islam Palestin telah memasuki Jerusalem di Tebing Barat setiap minggu semata-mata untuk menunaikan kewajipan bersembahyang Jumaat di tempat suci ke-3 umat Islam sejak 3 minggu yang lalu. Jumaat, 19hb September 2008 (DAVID FURST/AFP/Getty Images)
Polis sempadan Israel sedang berkawal untuk menahan warga Palestin yang sedang menuju ke Masjid Al-Aqsa Jerusalem di Pos Kawalan Tebing Barat diantara Ramallah dan Jerusalem. Jumaat, 12hb September 2008 (AP Photo/Bernat Armangue)
Salah seorang peniaga Gerai Ramadhan di Bandar Kuala Lumpur sedang menjual Ayam Bakar untuk hidangan berbuka Puasa. Gerai Ramadhan menjadi pilihan bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk memilih juadah berbuka mereka berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dengan memilih Jamuan Buffet untuk berbuka. Jumaat, 5hb september 2008 (KAMARUL AKHIR/AFP/Getty Images)
Penduduk Kashmir menadah tangan berdo'a kepada Allah di Masjid Jami'a @ Masjid Utama di hari Juma'at yang pertama bulan ramadhan di kawasan Srinigar, India. Juma'at, 5hb september 2008 (AP Photo/Dar Yasin)
Lelaki Pakistan ini sedang menyediakan minuman manis kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa di Lahore. Rabu, 3hb September 2008. (Arif Ali/AFP/Getty Images)
Seorang kanak-kanak Palestin sedang bermain bunga api sesudah berbuka puasa dihari ke-2 Ramadhan di Tebing Barat Ramallah. Selasa, 2hb September 2008. (AP Photo/Muhammed Muheisen)
Salah seorang peniaga hidangan berbentuk manisan tradisional Syria memanggil-manggil pelanggan untuk membeli di Meidan, Damascus. Hidangan ini menjadi kegemaran pembeli menjelang sahaja bulan puasa. Selasa, 2hb September 2008 (REUTERS/Khaled al-Hariri)
Perempuan ini sedang mengaji Al-Quran di Masjid Istiqlal di hari ke-2 bulan Ramadhan di Jakarta, Indonesia, negara yang memiliki umat Islam paling ramai di dunia. Selasa, 2hb September 2008 (ADEK BERRY/AFP/Getty Images)
Peniaga warga Bangladesh sedang menjual Sejenis makanan manisan tradisional daripada daging untuk juadah berbuka puasa di Bazaar Chalk, Dhaka, Bangladesh. Juma,at, 12hb September 2008 (AP Photo/Pavel Rahman)

Tuesday, September 16, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Bagi Guru-Guru Ugama Daerah Tutong


16/09/2008 @ SELASA : SEMPENA menyambut bulan Ramadan yang Mubarak 1429H/2008M, seramai 430 guru agama seluruh daerah Tutong diraikan dalam satu Majlis Khatam al-Quran bertempat di Sekolah Ugama Puteri Norain, Tutong baru-baru ini .
Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat Pengajian Islam dan Jawatankuasa Guru-Guru Ugama Daerah Tutong bagi kali ke-4.
Majlis itu dihadiri Dayang Hajah Fatimah Haji Abd Ghani, Pemangku Pengarah Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Dayang Hajah Fatimah diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh guru-guru ugama Daerah Tutong.
Bacaan Takhtim disampaikan oleh guru-guru perempuan sementara Dikir Asyrakal oleh guru-guru lelaki. Manakala bacaan do'a khatam pula dibacakan oleh Cikgu Ermadini Bin Jailani.
Kemuncak acara ialah merenjis minyak wangi yang didahului oleh Dayang Hajah Fatimah dan seterusnya penyampaian cenderamata dan bunga telur kepada hadirin majlis berkenaan.(courtesy of Media Permata, Sabtu/Ahad, 20/21 September 2008)
Majlis ditutup dengan bacaan do'a selamat yang dibacakan oleh Hj Yakub Bin Ismail.

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Tedarus

15/09/2008 (ISNIN) , Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penutup tedarus bagi murid-murid sekolah bersempena dengan bulan Ramadhan ini. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I sejurus sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Hadir dalam majlis ini ialah murid-murid darjah IV,V dan VI bersama dengan tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif disusuli dengan bacaan do'a sebelum membaca Al-Quran oleh murid-murid dan diteruskan dengan membaca surah-surah lazim hingga selesai. Bacaan do'a khatam telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Majlis Khatam Al-Quran dan penutup tedarus ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I untuk murid-murid dibulan Ramadhan demi memupuk minat murid-murid agar selalu membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman hidup untuk keberkatan di dunia mahu pun akhirat.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda :
"Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya"

Saturday, September 13, 2008

Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Tahlil Arwah Khusus Kepada Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi

13/09/2008 (SABTU), Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah pun mengadakan majlis membaca surah Yaasin dan bertahlil yang ditujukan khas kepada Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Binti Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi. Majlis pada petang itu dihadiri oleh murid-murid darjah IV, V dan VI bersama-sama dengan tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis membaca Surah Yaasin dan tahlil dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Bacaan Surah Yaasin dan tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif dan majlis selesai kira-kira jam 2.45 petang.

Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi kembali kerahmatullah pada pagi hari Jumaat bersamaan dengan 12hb September 2008 dan merupakan isteri kepada bekas Mufti Kerajaan Brunei yang pertama iaitu Pehin Dato Seri Setia Darussalam Allahyarham Haji Ismail Omar Abdul Aziz. Allahyarhamah merupakan seorang guru dan tenaga pengajar di Sekolah Ugama Arab Menegah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (S.U.A.M.R.I.P.A.D) dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (S.M.A.L.H.B) sekitar tahun 1968 sehingga 2002. Allahyarhamah juga adalah penerima Anugerah Bakti Hijrah Khas Wanita sempena Maulidur Rasul 2002M/1423H dan juga penerima Anugerah Khas Hari Guru pada tahun 2006M.