CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 16, 2008

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Tedarus

15/09/2008 (ISNIN) , Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan penutup tedarus bagi murid-murid sekolah bersempena dengan bulan Ramadhan ini. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I sejurus sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Hadir dalam majlis ini ialah murid-murid darjah IV,V dan VI bersama dengan tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif disusuli dengan bacaan do'a sebelum membaca Al-Quran oleh murid-murid dan diteruskan dengan membaca surah-surah lazim hingga selesai. Bacaan do'a khatam telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Majlis Khatam Al-Quran dan penutup tedarus ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I untuk murid-murid dibulan Ramadhan demi memupuk minat murid-murid agar selalu membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai teman hidup untuk keberkatan di dunia mahu pun akhirat.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda :
"Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya"

0 comments: