CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 4, 2008

Majlis Bertadarus Al-Quran Murid-Murid Sekolah Ugama

04/09/2008 (KHAMIS), Adalah menjadi aktiviti setiap sekolah-sekolah ugama ketika berada di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengadakan majlis bertadarus bukan sahaja untuk guru-guru bahkan untuk murid-murid sekolah, di bawah anjuran Jabatan Pengajian Islam Daerah Tutong, beberapa buah sekolah Ugama di daerah ini telah diarahkan untuk membawa murid-murid mereka untuk bertadarus Al-Quran di beberapa buah masjid ataupun Balai Ibadat yang berdekatan dengan sekolah mereka. Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I juga tidak ketinggalan untuk mengadakan majlis bertadarus Al-Quran bagi murid-murid sekolah ini, Majlis bertedarus ini telah diadakan di Surau Sekolah Rendah/Ugama Binturan Kem Tutong I dan majlis segera dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjamaah. Murid-murid telah di berikan ayat-ayat untuk dibacakan dalam majlis bertedarus ini oleh guru kanan Al-Quran sekolah dengan diawasi oleh guru-guru dan tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang bertindak untuk mentasmie bacaan murid-murid. Dalam perkara ini beberapa buah halaqah atau kumpulan telah disusun untuk memastikan aktiviti bertedarus ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Walaupun masa untuk menjalankan majlis ini sangat singkat namun kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sekolah kepada guru-guru dapat menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar dan selesai mengikut masanya. Semoga amal yang dicurahkan dalam majlis ini mendapat redha Allah untuk mendapatkan rahmat dariNya jua, Amin..

0 comments: