CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, September 13, 2008

Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Tahlil Arwah Khusus Kepada Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi

13/09/2008 (SABTU), Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah pun mengadakan majlis membaca surah Yaasin dan bertahlil yang ditujukan khas kepada Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Binti Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi. Majlis pada petang itu dihadiri oleh murid-murid darjah IV, V dan VI bersama-sama dengan tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis membaca Surah Yaasin dan tahlil dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjemaah. Bacaan Surah Yaasin dan tahlil beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif dan majlis selesai kira-kira jam 2.45 petang.

Allahyarhamah Datin Seri Setia Hajah Kamaliah Suhaimi Haji Muhammad Fadzullah Suhaimi kembali kerahmatullah pada pagi hari Jumaat bersamaan dengan 12hb September 2008 dan merupakan isteri kepada bekas Mufti Kerajaan Brunei yang pertama iaitu Pehin Dato Seri Setia Darussalam Allahyarham Haji Ismail Omar Abdul Aziz. Allahyarhamah merupakan seorang guru dan tenaga pengajar di Sekolah Ugama Arab Menegah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (S.U.A.M.R.I.P.A.D) dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (S.M.A.L.H.B) sekitar tahun 1968 sehingga 2002. Allahyarhamah juga adalah penerima Anugerah Bakti Hijrah Khas Wanita sempena Maulidur Rasul 2002M/1423H dan juga penerima Anugerah Khas Hari Guru pada tahun 2006M.

0 comments: