CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Penggal Persekolahan Ke-3 Bermula Hari Ini

Murid-murid darjah I, IV, V & VI turut membaca Surah Yaasin

Bacaan Surah Yaasin di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif


Guru-guru dan murid-murid perempuan yang turut membaca Surah Yaasin

Aktiviti ini termasuk dalam aktiviti tahunan yang sering dilakukan Sekolah Ugama Binturan ketika penggal persekolahan bermula

30/06/2008 (ISNIN) : Al-hamdulillah, dengan tamatnya cuti penggal persekolahan ke-2 kelmarin membawa maksud yang penggal ke-3 persekolahan telah pun membuka tirainya, Seperti kelazimannya di permulaan penggal persekolahan ke-3 ini, satu aktiviti majlis membaca Yaasin beramai-ramai bersama guru-guru dan murid-murid Darjah I, IV, V & VI telah di adakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong, Majlis di mulakan selesai sahaja murid-murid mengerjakan sembahyang fardhu Zohor. Dalam majlis ini bacaan Surah Yaasin di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif dan bacaan do'a dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin. Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem sekali lagi mengucapkan selamat kembali ke sekolah semoga segala amal jariah yang kitani lakukan di penggal ini akan di terima oleh Allah jua. AMIN..
(P/S : Tidak ada gambar pilihan yang menarik untuk dipilih kerana kamera yang digunakan telah kehabisan bateri)

Saturday, June 28, 2008

Cuti Penggal Persekolahan Sudah Menghampiri Penghujung

28/o6/2008 (Sabtu) : Cuti penggal persekolahan ke-2 sudah pun menghampiri ke penghujungnya, dan penggal ke-3 persekolahan akan membuka tirai-tirai perjuangan pada 30/06/2008 hari Isnin ini nanti, Sekolah Ugama Binturan yang sepi sejak permulaan cuti akan kembali ceria dengan aktiviti-aktiviti dan sessi pembelajaran yang akan diadakan pada penggal ke-3 persekolahan ini, adalah diharapkan kepada murid-murid agar lebih bersedia menghadapi penggal persekolahan ke-3 ini untuk mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan daripada sebelumnya, akhir kata di ucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem khasnya dan kepada murid-murid dan tenaga-tenaga pengajar di luar sana amnya.

Thursday, June 19, 2008

PERSEDIAAN MURID MENGHADAPI PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB - Gambar Versi TOUCH UP [ Part 2 ]







"Orang yang malas itu sebenarnya ketinggalan, Orang yang mengantuk itu sebenarnya sudah tidur, Orang yang mempunyai waktu terluang itu sebenarnya menganggur dan orang yang hanya pandai berangan-angan itu sebenarnya papa kedana (tidak mempunyai apa-apa) "
- Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni, Kunci Kejayaan Minda, ms.87

Wednesday, June 18, 2008

PERSEDIAAN MURID MENGHADAPI PEMILIHAN CALON KE SEKOLAH ARAB - Gambar Versi TOUCH UP [ Part 1 ]


"Apabila semangat anda menurun, lakukanlah sesuatu, Apabila anda melakukan sesuatu tetapi keadaan tidak berubah, laksanakanlah sesuatu yang berbeza" - Picasso

Tuesday, June 17, 2008

Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam sempena Isra' dan Mi'raj 1429H/2008M


Pusat Da'wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama pada masa ini membukakan penyertaan Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam sempena Isra' dan Mi'raj 1429H/2008M. Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori penulisan iaitu:

1. Kategori peraduan menulis Sajak

2. Kategori peraduan menulis Rencana

3. Kategori peraduan menulis Cerita Kanak-Kanak Bergambar

Peraduan terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.Panjang penulisan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

1. Penulisan Sajak : tidak dihadkan dan hendaklah bersesuaian dengan ciri-ciri sebuah sajak yang sempurna.

2. Penulisan Rencana : Antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan.

3. Penulisan Cerita Kanak-Kanak Bergambar : Antara 500 - 800 patah perkataan.

Setiap peserta mestilah mengisi borang peraduan yang telah disediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap.Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh didapati daripada: Urus Setia Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Pusat Da'wah Islamiah dan daripada Unit Da'wah di setiap daerah ATAU berhubung terus di talian 2383996 ext 202/203.

Hasil karya yang diperadukan beserta borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

URUS SETIA PERADUAN PENULISAN SENI KREATIF BERUNSUR ISLAM SEMPENA SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ TAHUN 1429H/2008M PUSAT DA'WAH ISLAMIAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN KEBANGSAAN, KAMPONG PULAIE, BERAKAS BB4310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ATAU URUS SETIA UNIT DA;WAH DAERAH TUTONG, URUS SETIA UNIT DA'WAH DAERAH BELAIT DAN URUS SETIA UNIT DA'WAH DAERAH TEMBURONG.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari RABU, 31.12.2008 jam 4:00 petang.

Persediaan Murid Menghadapi Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab

Halaqah Cikgu Abu dengan muridnya

Halaqah Cikgu Alimin dengan muridnya

Cikgu Abu melayan karenah seorang muridnya

Halaqah Cikgu Syuhaidah dengan muridnya

Cikgu Syuhaidah mentasmie' bacaan muridnya

Murid-murid sedang menunggu giliran untuk di tasmie'

Murid-murid sedang menghalusi bacaan masing-masing


16/06/2008 (Isnin) - Cuti Sekolah Penggal Kedua bermula lagi, pada musim cuti inilah kebanyakkan ibu bapa akan membawa keluarga mereka untuk pergi makan angin ke luar negara seperti negara-negara jiran yang berdekatan seperti Kuching, Kota Kinabalu atau lebih jauh ke Singapura ataupun Kuala Lumpur. Tenaga-tenaga pengajar di semua Sekolah juga tidak ketinggalan untuk turut mengambil kesempatan di musim cuti sekolah untuk keluar negeri untuk mencari tempat-tempat menarik sambil dapat melupakan ketegangan dan tekanan akibat tugasan di penggal ke dua yang baru saja dilalui. Walau bagai macamanapun keadaan senario musim percutian di Brunei Darussalam, masih ada keluarga yang lebih suka menghabiskan musim cuti mereka berehat di rumah sambil merancang aktiviti-aktiviti mereka di dalam negara, ataupun merancang akan melancong di musim cuti pada penggal seterusnya.

Bagi murid-murid yang memohon untuk memasuki pemilihan calon-calon untuk ke sekolah Arab, waktu cuti persekolahan ini dimanfaatkan untuk mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang berkaitan ketika peperiksaan itu nanti yang akan diadakan pada 22hb hingga 23hb Ogos 2008, Murid-murid yang mengulangkaji ini di awasi oleh beberapa orang guru bertugas yang masih bergaji hari.
P/S : Gambar yang lain akan menyusul kemudian.

Saturday, June 14, 2008

MAJLIS 03 : Majlis Penghargaan Dan Meraikan Guru-Guru Yang Bertukar Tempat Bertugas

Yang Mulia Cikgu Zahreen menjadi juru acara pada majlis seterusnya

Salah seorang guru yang diraikan iaitu Yang Mulia Cikgu Rosli Bin Hj Rani



Salah seorang daripada guru yang bertukar pada awal tahun ini yang turut diraikan iaitu Yang Mulia Cikgu Rohaya Binti Hj Abd Ghani (berpakaian serba hijau)

Yang Mulia Cikgu Rosli memberikan ucapan beliau ketika diminta memberi sepatah dua kata oleh juru acara majlis

Yang Mulia guru besar sekolah menyerahkan cenderamata penghargaan kepada guru yang diraikan iaitu Yang Mulia Cikgu Rosli Bin Hj Rani

Yang Mulia guru besar juga turut menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Yang Mulia Cikgu Rohaya Binti Hj Abd Ghani

14/06/2008 (Sabtu) : Selepas sahaja perjumpaan dan perbincangan bersama guru besar selesai, majlis di teruskan lagi dengan acara kemuncak iaitu majlis penghargaan dan meraikan 2 orang guru yang telah pun bertukar tempat bertugas, Yang Mulia Cikgu Zahreen berperanan menjadi juru acara dalam majlis pada petang itu supaya majlis tersebut kelihatan lebih teratur. Dua orang guru yang dimaksudkan ialah Yang Mulia Cikgu Rosli Bin Hj Rani dan Yang Mulia Cikgu Rohaya Binti Hj Abd Ghani. Yang Mulia Cikgu Rosli merupakan bekas Guru Kanan Kegiatan Sekolah Ugama Binturan Kem yang diarahkan bertukar ke Institut Latihan Binturan Kem berkuat kuasa pada 2 bulan yang lepas, Manakala Yang Mulia Cikgu Rohaya pula sempat menyumbangkan tenaga beliau menjadi tenaga pengajar dan menjadi guru kelas darjah Pra Ba dan darjah 3 Ba sebelum bertukar ke Sekolah Ugama Lambak Kanan Berakas pada awal bulan tahun 2008 kerana mengikut suaminya bertugas. Untuk memberkati majlis pada petang itu, do'a selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Muhd Nazri Bin Md Salleh dan majlis diakhiri dengan menikmati jamuan.

MAJLIS 02 : Perjumpaan Dan Perbincangan Bersama Guru Besar

Guru Besar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong menyampaikan ucapan beliau ketika perjumpaan dan perbincangan dengan guru-guru diadakan.

Guru-guru lelaki mendengar perbincangan dalam mesyuarat tersebut

Guru-guru yang hadir saling bertukar-tukar pendapat ketika perbincangan dijalankan

Kelihatan Cikgu Zahreen sedang mencatat sesuatu didalam buku nota beliau untuk sebarang rujukan

Diantara guru-guru yang hadir dalam perbincangan dengan Guru Besar sekolah

14/06/2008 @ Sabtu : Selepas sahaja aktiviti membaca Surah Yaasin selesai di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem, Guru-guru sekolah sama-sama berkumpul untuk acara seterusnya iaitu perjumpaan dan perbincangan bersama guru besar sekolah iaitu Yang Mulia Cikgu Dk Hjh Mariam Binti Hj Momin, majlis dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Abd Latif.

Dalam perjumpaan tersebut guru besar telah menerangkan tentang pembayaran wang kebajikan yang dikutip setiap bulan untuk kebajikan guru-guru agama di daerah Tutong, Majlis juga diteruskan dengan lantikan tugas Guru Kanan Kegiatan dan Guru Kanan Amali kepada dua orang guru yang bertugas di sekolah tersebut iaitu Yang Mulia Cikgu Titiwasdi Bin Wahid sebagai Guru Kanan Kegiatan dan di bantu oleh Yang Mulia Cikgu Suandhi Bin Mohammad sebagai Penolong Guru Kanan Kegiatan, manakala tugas Guru Kanan Amali pula telah diserahkan kepada Yang Mulia Cikgu Muhd Nazri Bin Md Salleh dan dibantu oleh Yang Mulia Cikgu Asmali Bin OKMB Hj Osman sebagai Penolong Guru Kanan Amali.

MAJLIS 01 : Majlis Membaca Surah Yaasin Sempena Penutup Penggal Persekolahan Ke-2

Bacaan Surah Yaasin diketuai oleh YM Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif (tengah)

Murid-murid perempuan bersama-sama berkumpul untuk membaca Surah Yaasin

Murid-murid lelaki sedang membaca Surah Yaasin beramai-ramai

Membaca Surah Yaasin merupakan aktiviti yang sering dilakukan ketika penutup penggal persekolahan


Guru-guru lelaki sama-sama menadah tangan berdoa memohon keselamatan dan perlindungan daripada Allah SWT

Guru-guru perempuan yang hadir mengawasi murid ketika membaca Surah Yaasin


14/06/2008 (Sabtu) : Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong telah mengadakan majlis membaca Surah Yaasin beramai-ramai bersama murid-murid yang hadir pada hari tersebut, Majlis tersebut telah diadakan di surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong selepas sahaja murid-murid selesai melakukan sembahyang fardhu Zohor berjamaah. Bacaan Surah Yaasin diketuai dan dipimpin sendiri oleh salah seorang cikgu iaitu Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif, Murid-murid dan guru-guru sama-sama membaca beramai-ramai untuk memperolehi keberkatan daripada Surah Yaasin tersebut. Aktiviti membaca Surah Yaasin adalah merupakan aktiviti yang sering dilakukan oleh murid-murid dan guru-guru Sekolah Ugama Binturan Kem menjelang penutup penggal persekolahan.

Thursday, June 12, 2008

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

12/06/2008 (Khamis) - Sekolah Ugama Binturan Kem telah mengadakan satu majlis menandatangani rekod kemajuan murid untuk keputusan Peperiksaan Setengah Tahun yang baru sahaja selesai pada awal bulan ini, Didalam majlis yang diadakan ini, ibu bapa dan penjaga murid berpeluang beramah mesra dengan guru-guru dan tenaga pengajar disamping dapat berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini.

Salah seorang penjaga murid berbincang dengan guru kelas darjah Pra di majlis petang itu

Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian pihak ibu bapa dan penjaga murid kerana sudi untuk meluangkan masa bersama datang ke majlis pada petang itu.

Pengenalan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong

Sekolah-sekolah rendah ugama mula ditubuhkan atas titah perkenan Almarhum KDYMMM Sultan Omar Ali Saifuddien, berdasarkan penyata dan hasil temu bual dengan dua orang pegawai agama dari negeri Johor.
.
Dalam titahnya dalam Penyata Pertama Sekolah-sekolah Ugama Kerajaan Brunei bagi tahun 1956,1957 dan 1958, diantaranya dipetik :
.
"Maka saya dengan sukacita mengingatkan atau menasihatkan rakyat-rakyat negeri ini hendaklah dihantar anak-anak ke sekolah Ugama sama ada lelaki atau perempuan. Maka dari kecil eloklah dilatih dan diasuh serta dikuatkan mengamalkan apa-apa suruhan Ugama dan menjauhkan apa tegahannya."
"Saya berharap pihak yang berkenaan mengisikan sepenuh-penuh sekolah dalam negeri Brunei pelajaran Ugama di sebelah petang dan saya berharap keadaan sekolah-sekolah Ugama Brunei ini dibina lagi dengan berlebih-lebih memberi puas hati dalam serba-serbi perkaranya daripada keadaan yang ada pada masa ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin"
(Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid Bin Mohd Daud, Perkembangan Persekolahan Ugama Di Negara Brunei Darussalam Dari Tahun 1956-1984 Masihi, cetakan pertama 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, ms.xxiii)

.

Pada amnya Sekolah Ugama Binturan Kem merupakan sebuah Sekolah kongsisama bersama dengan Sekolah Rendah Binturan Kem (Sessi Pagi), Sekolah ini memiliki kemudahan seperti kantin sekolah, Dewan besar yang dapat memuatkan seramai 1000 orang dan sebuah surau yang dapat memuatkan seramai 150 murid yang dilengkapi dengan alat berpenghawa dingin. Sekolah Ugama ini terletak didalam kawasan perkhemahan tentera iaitu Binturan Kem @ Penanjong Kem yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Tutong, Sekolah Ugama Binturan Kem memulakan sessi pengajaran mereka bermula dari jam 02.00ptg hingga jam 05.00ptg, Kebanyakkan murid yang belajar di sekolah ini adalah merupakan anak-anak kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera yang bertugas didalam kawasan perkhemahan ini.

.

MOTTO

BERILMU – BERTAKWA – BERAMAL


MISI

Untuk melahirkan kanak-kanak yang patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan agama dan menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan bernegara, cemerlang didunia dan akhirat.


VISI

Kearah pembentukan kesempurnaan insan yang berilmu, berdisiplin, beramal dan berakhlak mulia.


MATLAMAT SEKOLAH

  • Mencapai kecemerlangan didalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  • Mendidik kanak-kanak supaya dapat memahami dan mempercayai serta mengamalkan segala ajaran Islam dengan betul, sempurna dan penuh keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Untuk memimpin kanak-kanak supaya cenderung dan berminat kepada ajaran agama sehingga boleh memikul tanggungjawab sepenuhnya bila dewasa kelak.
  • Membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya menjadi rakyat yang berperikemanusiaan, mulia berasaskan kepada ajaran agama Islam yang suci.
  • Melahirkan kanak-kanak yang patuh kepada perintah Allah Ta’aladan meninggalkan larangan agama supaya menjadi insane cemerlang kehidupannya didunia dan akhirat

Wednesday, June 11, 2008

SEKAPUR SIRIH / KATA ALU ALUAN


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WA BARAKAATUH
Al-hamdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, penamat segala nabi dan rasul, pembawa petunjuk dan rahmat sekalian alam, sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabatnya, juga seluruh umatnya yang mengikuti hidayah petunjuk dan perjuangan suci yang dibawa oleh Baginda Nabi.

Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana dengan limpah izin dan kurnianya jua web blog untuk Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ini dapat dihasilkan pada 06hb Jun 2008M bersamaan dengan 05hb Jamadil Akhir 1429H hari Isnin.

Blog ini terhasil daripada penelitian dan kewujudan laman blog sekolah ugama lain yang terdapat dalam enjin carian didalam internet, dan ia sememangnya memudahkan saya untuk mengetahui sebarang kegiatan dan aktiviti disana, jadi adalah menjadi satu kerugian yang besar jika saya tidak memulakan tindakan untuk membuka langkah membuat laman blog untuk sekolah, disamping dapat belajar sesuatu yang baru.

Antara objektif dan matlamat penubuhan web blog ini adalah untuk menyampaikan segala maklumat dan kegiatan yang berlaku di dalam mahu pun luar sekolah, seperti majlis-majlis Khatam Al-Quran, lawatan ke beberapa tempat menarik di luar sekolah seperti lawatan ke Pesta Buku , ragam murid-murid dan sebagainya, juga berperanan dalam mempelbagaikan kemahiran guru-guru dalam bidang ICT. Disamping itu juga kewujudan laman blog ini diharapkan dapat memudahkan murid-murid, penjaga dan ibu bapa , guru-guru, bekas murid dan bekas guru-guru yang pernah bertugas disini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ini disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan juga idea untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dan kegiatan tahunan sekolah.


Sekali lagi, adalah di harapkan dengan kewujudan laman blog ini, nama Sekolah Ugama Binturan Kem akan terus naik setanding dengan mana-mana Sekolah Ugama Khas lainnya, disamping itu juga mudah-mudahan jua ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk lebih berdaya saing bukan sahaja kepada rakan-rakan dalam sekolah yang sama tetapi kepada rakan-rakan yang berada di sekolah lain dalam memajukan diri masing-masing untuk masa depan yang bakal di hadapi.


Akhir kata, jika terdapat sebarang kesalahan makluman dan fakta yang bakal terdapat didalam kandungan blog ini nanti, teguran membina daripada abiskita adalah sangat-sangat di harapkan untuk mendapatkan web blog yang terbaik. Insya Allah..

IKHLAS DARIPADA:
HSO ORGANIZATION LTD
(Moderator) - http://subinturankem.blogspot.com/