CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, September 16, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Bagi Guru-Guru Ugama Daerah Tutong


16/09/2008 @ SELASA : SEMPENA menyambut bulan Ramadan yang Mubarak 1429H/2008M, seramai 430 guru agama seluruh daerah Tutong diraikan dalam satu Majlis Khatam al-Quran bertempat di Sekolah Ugama Puteri Norain, Tutong baru-baru ini .
Majlis itu dianjurkan oleh Pejabat Pengajian Islam dan Jawatankuasa Guru-Guru Ugama Daerah Tutong bagi kali ke-4.
Majlis itu dihadiri Dayang Hajah Fatimah Haji Abd Ghani, Pemangku Pengarah Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Dayang Hajah Fatimah diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh guru-guru ugama Daerah Tutong.
Bacaan Takhtim disampaikan oleh guru-guru perempuan sementara Dikir Asyrakal oleh guru-guru lelaki. Manakala bacaan do'a khatam pula dibacakan oleh Cikgu Ermadini Bin Jailani.
Kemuncak acara ialah merenjis minyak wangi yang didahului oleh Dayang Hajah Fatimah dan seterusnya penyampaian cenderamata dan bunga telur kepada hadirin majlis berkenaan.(courtesy of Media Permata, Sabtu/Ahad, 20/21 September 2008)
Majlis ditutup dengan bacaan do'a selamat yang dibacakan oleh Hj Yakub Bin Ismail.

0 comments: