CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, September 7, 2008

Majlis Ilmu Halaqah Tazakkur Daerah Tutong

06/09/2008 (SABTU) - Sempena dengan datangnya bulan Ramadhan yang Mubbarak ini, Pejabat Pengajian Islam dan Jawatankuasa Guru-Guru Ugama Daerah Tutong menganjurkan Majlis Ilmu Halaqah Tazzakkur, bertempat di dewan Seri Kenangan, Tutong.


Tetamu khas di majlis tersebut ialah, Pemangku Penolong Pengarah Pengajian Islam, Pg Duraman Pg Hj Damit. Dua orang penceramah undangan dari Pensyarah Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Sadini Haji Sujak dengan tajuk pembentangan beliau "Penghayatan Al-Quran Sakhsiah Guru Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran" dan Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Agama Seri Begawan, Hajah Zakiah Haji Taib dengan tajuk kertas kerja beliau "Penghayatan Al-Quran."


Majlis berkenaan telah dianjurkan bagi kali ke-4 dan telah disertai seramai 500 guru-guru ugama dari seluruh daerah Tutong. - (Media Permata, 08/09/2008@Isnin)

0 comments: