CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 10, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

8hb Oktober, 2009 - Khamis - Sekolah Ugama Binturan Penanjong Garison, Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI 1430H/2009M di Dewan Serbaguna Markas Penanjong Garison Tutong. Seramai 26 orang murid lelaki dan perempuan termasuk 3 orang murid dari darjah V telah mengikuti Majlis Khatam Al-Quran tersebut.

Tetamu Khas pada hari tersebut ialah Pemerintah Penanjong Garison, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih Bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Khas Majlis dan seterusnya bacaan surah Ad-Duha hingga Al-Lahab oleh Peserta Khatam, kemudian bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan.

Bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Ak Mohd Rafiul Mahjri bin Pg Saiful Rizam, murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan seterusnya menabur bunga rampai dan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas Majlis dan merenjis minyak wangi oleh Jemputan Khas dan Penjaga Murid dengan diiringi Dikir 'Asyraqal' oleh murid-murid lelaki darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan.



Wednesday, July 15, 2009

Solat Sunat Hajat, Membaca Ratib Dan Surah Yassin.

14hb Julai 2009, Selasa- Guru-guru dan murid-murid darjah 4, 5 dan 6 Sekolah Ugama Binturan telah mengadakan aktiviti iaitu Solat Sunat Hajat, Membaca Ratib Al-Attas bagi memohon kepada Allah Subhananu Wataala supaya Negara Brunei Darussalam terhindar daripada merebaknya Wabak Influenza A H1N1 dan Membaca Surah Yassin bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 63 Tahun.

Solat sunat hajat pada hari tersebut telah diimamkan oleh Cikgu Mohd. Azizan Bin Hj Abd Latif, kemudian diselajurkan dengan bacaan Ratib Al-Attas. Aktiviti solat sunat hajat ini dilakukan pada setiap hari waktu persekolahan iaitu selepas murid-murid menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah dan diimamkan oleh guru-guru lelaki secara bergilir-gilir. Manakala, bacaan Ratib Al-Attas dibaca 2 kali dalam seminggu.

Pada hari itu juga, Guru-guru dan murid-murid darjah pra, 1, 4, 5 dan 6 telah mengadakan aktiviti membaca surah yassin yang diketuai oleh Cikgu Mohd. Alimin bin Rahimin bersempena menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddin Wadaulah Sultan Dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 Tahun, bagi memohon kepada Allah Subhananu Wataala semoga Baginda dalam keadaan sihat walafiat dan kekal karar memerintah di atas takhta.

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah Ugama Binturan. Aktiviti pada hari itu selesai kira-kira pukul 3.30 ptg.

Wednesday, March 11, 2009

Majlis Penutup Dikir Maulud Syarafil Anam







7hb Mac 2009-Sabtu- Guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama Binturan telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Sempena Maulidur Rasul 1430H. Majlis pada hari tersebut bermula selepas Murid-murid selesai menunaikan solat fardhu zuhur dan bacaan dikir dikepalai oleh Cikgu Mohd Azizan bin Hj Abdul Latif sementara doa, dibaca oleh Cikgu Alimin bin Rahimin. Majlis Penutup Dikir pada hari ini menandakan selesailah sudah Majlis Dikir Syarafil Anam yang diadakan disekolah ini sejak hari isnin yang lalu. Majlis tersebut berakhir pada jam 3.00 petang.

Thursday, March 5, 2009

Majlis Dikir Maulud Dan Lawatan Ke Pesta Buku


02hb Mac 2009 - Isnin, Guru-guru dan murid-murid dari Sekolah Ugama Binturan Penanjong Kem Tutong telah mengadakan majlis dikir sempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul 1430H. Majlis Dikir Maulud Syarafil Anam pada hari itu telah di ketuai oleh Cikgu Mohamad Alimin bin Rahimin dan doanya telah dibacakan oleh Cikgu Suandhi bin Mohamad. Ada pun tujuan dikir maulud ini diadakan ialah untuk memperingati kelahiran junjungan besar nabi kita, Nabi Muhamad S.A.W diatas jasa dan pengorbanan baginda menegakkan kebenaran Ugama Islam yang diredhai oleh Allah S.W.T.





Pada hari yang sama, Guru-guru dan murid-murid sekolah ini juga mengadakan lawatan ke Pesta buku sempena Jubli Perak Ulang-tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Stadium Tertutup.











Tuesday, February 24, 2009

Majlis Membaca Surah Yassin Bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan

21hb Februari 2009, Sabtu - Guru-guru dan Murid-murid Darjah Pra, I, IV,V dan VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin Dan Doa Kesyukuran Bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Adapun tujuan utama majlis ini diadakan ialah memohon kepada Allah S.W.T semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, dibawah naungan raja yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.




Bacaan Surah Yassin pada petang itu diketuai oleh Cikgu Abu Nazim Bin Abu Bakar, sementara Doa Kesyukuran dibaca oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif. Semoga dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran tersebut, Negara Brunei Darussalam terhindar dari malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. jua. Amin..


Majlis pada petang itu berakhir pada jam 3.30 petang.