CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 31, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1429H / 2008M

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR YANG LAIN :
.
30/10/2008 (KHAMIS) - Al-hamdulillah, akhirnya hari yang di tunggu telah pun tiba, pada tanggal 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1429H, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Binturan Kem Tutong I, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun dengan jayanya mengadakan Majlis Khatam AL-Quran bagi Murid Darjah VI bagi tahun 2008M / 1429H ini. Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini seramai 34 orang murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan telah menyertai Majlis Khatam AL-Quran ini.
.
Pada tahun ini, sekali lagi Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Tahun 2008M/1429H telah menjemput Yang Mulia Kolonel Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Isteri (SMB, PJK, Bsc (Hons), MA, Fellow of ACDSS, psc) - Pemerintah Penanjong Garison ABDB sebagai tetamu khas majlis. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk peserta-peserta khatam yang diiringi oleh 2 orang murid pembawa bunga manggar dan 2 orang murid pembawa bunga dian, dan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Khas majlis menandakan bermulanya majlis khatam secara rasmi disusuli dengan bacaan surah-surah oleh murid yang dikhatamkan, manakala bacaan takhtim pula dibacakan oleh murid-murid darjah IV dan V. Bacaan do'a khatam pula dibacakan oleh Awang Hilman Bin Md Bakri - murid khatam yang diraikan. Majlis kemudian diteruskan dengan acara menabur Bunga Rampai dan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu khas majlis. Majlis ditutup dengan bacaan do'a selamat yang dibacakan oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif sebelum beredar ke tempat khas untuk menikmati jamuan. Majlis selesai kira-kira pukul 4.00 petang.
.
Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tahun 2008M / 1429H sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tetamu Khas majlis kerana berkesudian untuk datang ke majlis khatam ini, juga kepada Pegawai-pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai ABDB, Jemputan Khas, Radio Televisyen Brunei, Para Ibu Bapa dan Penjaga murid serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis khatam ini, semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT jua, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Sunday, October 26, 2008

RISTAAN : Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1428H / 2007M

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tahun 2007M / 1428H telah diadakan pada Hari Khamis, 06hb September 2007M bersamaan dengan 24hb Sya,aban 1428H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK Majlis Khatam tahun 2007M/1428M.

Dalam majlis khatam ini, seramai 42 orang murid yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 26 orang murid perempuan telah pun berjaya menamatkan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran mereka dibawah bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru dan pengawasan ibu bapa serta penjaga masing-masing.

Dalam Majlis Khatam Al-Quran tahun 2007 ini, Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam 2007 Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah menjemput Yang Mulia Kolonel Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Abidin (SMB, PJK, Bsc (Hons), MA, Fellow of ACDSS, psc) - Pemerintah Penanjong Garison ABDB sebagai tetamu kehormat majlis. Al-hamdulillah, majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar dan do'a khatam Al-Quran dibacakan oleh Awang Mohammad Faiz Bin Salleh - murid khatam yang diraikan, manakala do'a penutup dan do'a selamat majlis pula dibacakan oleh Cikgu Hj Husaini Bin Hj Mokhtar - Guru Ugama Institut Latihan Penanjong Garison - Majlis selesai kira-kira pukul 4.30petang.

Wednesday, October 22, 2008

Bermulanya Peperiksaan Lisan Akhir Tahun 2008


22hb Oktober 2008 (RABU) - Hari ini bermulalah peperiksaan lisan akhir tahun bagi mata pelajaran Amali Ugama dan Al-Quran di seluruh sekolah-sekolah Ugama Negara Brunei Darussalam. Peperiksaan Lisan Akhir Tahun ini akan di adakan selama 11 hari bermula pada hari ini 22hb Oktober 2008M sehingga lah 05hb November 2008 dan diteruskan lagi dengan peperiksaan bertulis. Adalah diharapkan kepada ibubapa serta penjaga murid agar sentiasa memantau dan mengawasi pembelajaran mereka di musim peperiksaan ini untuk menelaah kembali pembelajaran agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan lisan mahupun bertulis akhir tahun ini untuk mendapat keputusan yang terbaik daripada sebelumnya.

Tuesday, October 21, 2008

RISTAAN : Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1427H / 2006M


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I akan diadakan iaitu pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1426H hari Khamis. Kini, seluruh warga dan AJK Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I mula bertungkus lumus untuk menghadapi hari untuk meraikan murid-murid yang khatam Al-Quran. Murid-murid darjah IV & V, yang dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan lisan mereka masih mampu untuk memberi kerjasama untuk datang menemui guru pengawas mereka untuk berlatih dikir bagi murid-murid lelaki dan takhtim bagi murid-murid perempuan, manakala murid Darjah VI yang akan diraikan pula sibuk menghalusi bacaan-bacaan mereka dibawah bimbingan guru Al-Quran mereka.

Dalam ruangan kali ini, ingin saya merista kembali Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I - iaitu Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 :

Majlis Khatam Al-Quran pada tahun 2006 telah diadakan pada Hari Sabtu, 26hb Ogos 2006M bersamaan dengan 02hb Sya'aban 1427H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK majlis Khatam tahun itu.

Dalam majlis khatam ini, seramai 29 orang murid yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan telah diraikan, yang mana seorang daripada murid yang diraikan itu berada dalam darjah IV, manakala seorang lagi telah mengikuti bimbingan skim khatam bawah 10 tahun yang berada di dalam darjah III pada ketika itu.

Dalam Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 ini, Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran 2006 Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah menjemput Yang Mulia LT. KOL. PG HAPIZ BIN PG HJ KAMALUDDIN (MA, PSB, PSC) - Pegawai Pemerintah Batallion Ketiga Tentera Darat DiRaja Brunei Penanjong Garison sebagai tetamu kehormat majlis. Al-hamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar dan do'a khatam Al-Quran dibacakan oleh Muhammad Aizat Bin Sahar - murid khatam yang diraikan, manakala do'a penutup dan do'a Selamat pula dibacakan oleh Cikgu Hj Husaini bin Hj Mokhtar - Guru Ugama Institut Latihan Penanjong Garison - Majlis selesai kira-kira pukul 4.30 petang.

Friday, October 17, 2008

Perjumpaan AJK Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I


16hb Oktober 2008 (KHAMIS) - Satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Darjah VI telah diadakan pada petang tadi bertempat di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I, majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid yang dilantik itu bertujuan untuk mengemaskinikan majlis yang akan diadakan pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1429H itu nanti. Majlis yang bermula pada pukul 2.45petang itu segera dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Antara agenda-agenda yang diperbincangkan pada petang itu ialah penetapan para-para jemputan dan tetamu kehormat majlis, pengurusan dan pengendalian P.A System, penetapan set jamuan beserta dengan kelengkapan-kelengkapan lain disamping membincangkan kemudahan pengangkutan untuk majlis yang akan diadakan itu nanti. Akhir sekali pengerusi majlis mengucapkan ucapan terima kasih diatas kehadiran para Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam diatas kehadiran mereka dan majlis ditutup dengan membaca Surah Al-'Ashr dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan. Majlis tamat kira-kira pukul 3.30 petang.

Friday, October 10, 2008

Sambutan Aidilfitri Dan "Kelas Terbuka" Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I

Murid-murid dan guru-guru berkumpul beramai-ramai di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I
Murid-murid lelaki yang hadir berkumpul untuk membaca Surah Yaasin dan Tahlil

Murid-murid perempuan yang hadir berkumpul untuk membaca Surah Yaasin dan Tahlil
Sebelum membaca Surah Yaasin dan Tahlil, guru-guru dan murid-murid sama-sama bertakbir sempena Hari Raya Aidilfitri
Murid-murid perempuan mengangkat tangan berdo'a memohon keberkatan di hari yang mulia
Suasana di dalam Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ketika majlis membaca surah Yaasin di jalankan
Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di pimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif

Antara guru-guru yang hadir mengawas murid-murid perempuan
Guru-guru rendah bawah yang mengawasi murid-murid di surau
Majlis seperti ini merupakan salah satu aktiviti yang sering diadakan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada setiap tahun ketika Hari Raya Aidilfitri
Murid-murid berkongsi kitab membaca Surah Yaasin
Antara murid lelaki yang sedang membaca Surah Yaasin

Antara murid-murid perempuan yang membaca surah Yaasin dan Tahlil
Walaupun sibuk dengan aktiviti persiapan majlis khatam, namun majlis seperti ini akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan murid-murid
Murid-murid perempuan membaca Surah Yaasin beramai-ramai
Salah seorang murid perempuan yang sedang membaca Surah Yaasin
Antara murid perempuan yang berkumpul bersama rakan-rakan mereka di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I

Selepas sahaja majlis bertahlil selesai, murid-murid diarahkan untuk berziarah dan bermaaf-maafan dengan guru-guru
Murid-murid perempuan yang sedang berziarah dengan guru-guru

Murid-murid perempuan beratur dan berbaris untuk berziarah dan bersalaman dengan guru-guru mereka
Murid-murid lelaki juga turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan guru-guru mereka
Murid-murid kelihatan gembira menyambut Aidilfitri di sekolah bersama rakan-rakan
Murid-murid tidak sabar lagi untuk meneruskan kemuncak acara pada hari ini
Selepas sahaja beredar dari Surau seterusnya murid-murid dan guru-guru kelas akan mengadakan majlis "Kelas Terbuka"

Masih belum terlambat untuk murid-murid meraikan Sambutan Hari Guru kepada guru mereka pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kek ini merupakan kek penghargaan daripada murid-murid kepada salah seorang guru kelas mereka

Murid-murid darjah 2 Jim berkumpul dikelas masing-masing
Beginilah suasana "Kelas Terbuka" Cikgu Kartina dan murid-muridnya ketika sambutan Aidilfitri tadi
Murid-murid perempuan pada hari ini dibenarkan memakai pakaian Baju Kurong bebas khas untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di sekolah dan majlis "Kelas Terbuka" mereka
Murid-murid Cikgu Yusnani yang berkumpul beramai-ramai ketika "Kelas Terbuka" diadakan
Md.Aminuddin - murid darjah III ini pastinya merasa sangat gembira dan seronok dengan sambutan hari raya di sekolahnya dan akan menjadi kenangan yang paling manis dan sukar untuk dilupakan buatnya ketika berada di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ini


09hb Oktober 2008, (Khamis) - Pada hari ini Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mengadakan sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja dirayakan dalam beberapa hari yang lepas. Pada hari yang istimewa ini murid-murid dan guru-guru sama-sama berkumpul dan tampil dengan pakaian berwarna-warni bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I.

Sebelum acara "Kelas Terbuka" diadakan murid-murid dan guru-guru sama-sama berkumpul di surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I selesai sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang Fardhu Zohor berjama'ah bagi sama-sama melafazkan Takbir Hari Raya, majlis pada petang itu diteruskan lagi dengan membaca surah Yaasin dan Tahlil yang ditujukan khas kepada saudara-saudara dan guru-guru yang telah pun meninggal dunia. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif diikuti oleh guru-guru dan murid-murid lainnya.

Sebelum majlis bersurai, majlis diteruskan lagi dengan berziarah dan bersalaman diantara guru-guru dan murid-murid bagi sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid-murid dan majlis diteruskan dengan Sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" sebaik sahaja majlis di surau selesai. Majlis Sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" ini merupakan sambutan yang sering dibuat Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ketika sambutan hari raya bertujuan bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid sekolah.


Nabi Muhammad SAW ada bersabda : "Allah telah memberi ganti bagi kalian dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul fitri dan 'Idul Adha" - Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i