CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 6, 2009

Majlis Membaca Surah Yaasin Sempena Penggal Pertama Persekolahan 2009M/1430H


06hb Januari 2009M @ SELASA - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin sempena awal penggal persekolahannya untuk tahun 2009M/1430H ini, Majlis telah diadakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong selesai sahaja murid-murid mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjamaah. Majlis membaca Surah Yaasin itu dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid Darjah I,IV,V & VI. Bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, manakala bacaan Do'a Yaasin dibacakan oleh Cikgu Alimin Bin Rahimin, dan seterusnya Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif sekali lagi membacakan do'a khas memohon kejayaan untuk murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong. Aktiviti membaca Surah Yaasin ini merupakan aktiviti tahunan yang sering dilakukan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong terutamanya bila penggal persekolahan akan bermula. Sebelum murid-murid beredar menuju ke kelas masing-masing, Guru Besar sekolah sempat memberikan kata-kata nasihat dan galakan kepada murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem untuk belajar dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh pada tahun ini untuk mencapai keputusan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

Hari Perpisahan Buat Guru-Guru Yang Akan Bertukar Sekolah


05hb Januari 2009M @ ISNIN - Pada hari ini semua sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam kembali membuka tirai pengajian mereka dengan membuat aktiviti-aktiviti pembuka tirai untuk penggal pertama persekolahan dengan membaca Surah Yaasin, Tahlil dan sebagainya, Berlainan halnya dengan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang mana pada hari ini Sekolah Ugama Binturan Kem telah mengadakan hari perpisahan buat 5 orang tenaga pengajarnya yang akan bertukar tempat bertugas berkuat kuasa mulai 06hb & 07hb Januari ini. Dalam kesempatan ini murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong mengambil peluang yang ada untuk bersalaman dengan guru-guru mereka yang akan bertukar itu nanti. Guru-guru yang dimaksudkan itu ialah :

1. Cikgu Titiwasdi Bin Wahid - bertukar ke Sekolah Menegah Sufri Bolkiah, Tutong.

2. Cikgu Nazita Suhana Binti Hj Abd Talib - bertukar ke Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.

3. Cikgu Nooraini Binti Hj Awg Mohammad - bertukar ke sekolah Ugama Sengkarai, Tutong.

4. Cikgu Hjh Isah Binti Hj Johar - bertukar ke sekolah Ugama Keriam, Tutong.

5. Cikgu Yusnani Binti Bagol - bertukar ke Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, Tutong.

Disamping itu, sekolah Ugama Binturan Kem juga turut menerima guru-guru pengganti seramai 5 orang yang akan bertukar masuk ke sekolah ugama ini bagi menggantikan guru-guru yang akan bertukar nanti. Saya mewakili tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih atas curahan jasa dan tunjuk ajar daripada abis cikgu dalam mendidik anak-anak murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ini.