





























09hb Oktober 2008, (Khamis) - Pada hari ini Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mengadakan sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja dirayakan dalam beberapa hari yang lepas. Pada hari yang istimewa ini murid-murid dan guru-guru sama-sama berkumpul dan tampil dengan pakaian berwarna-warni bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I.
Sebelum acara "Kelas Terbuka" diadakan murid-murid dan guru-guru sama-sama berkumpul di surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I selesai sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang Fardhu Zohor berjama'ah bagi sama-sama melafazkan Takbir Hari Raya, majlis pada petang itu diteruskan lagi dengan membaca surah Yaasin dan Tahlil yang ditujukan khas kepada saudara-saudara dan guru-guru yang telah pun meninggal dunia. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif diikuti oleh guru-guru dan murid-murid lainnya.
Sebelum majlis bersurai, majlis diteruskan lagi dengan berziarah dan bersalaman diantara guru-guru dan murid-murid bagi sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid-murid dan majlis diteruskan dengan Sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" sebaik sahaja majlis di surau selesai. Majlis Sambutan Aidilfitri dan "Kelas Terbuka" ini merupakan sambutan yang sering dibuat Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ketika sambutan hari raya bertujuan bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri dan juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru dan murid-murid sekolah.
Nabi Muhammad SAW ada bersabda : "Allah telah memberi ganti bagi kalian dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul fitri dan 'Idul Adha" - Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i
0 comments:
Post a Comment