CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, October 21, 2008

RISTAAN : Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1427H / 2006M


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I akan diadakan iaitu pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1426H hari Khamis. Kini, seluruh warga dan AJK Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I mula bertungkus lumus untuk menghadapi hari untuk meraikan murid-murid yang khatam Al-Quran. Murid-murid darjah IV & V, yang dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan lisan mereka masih mampu untuk memberi kerjasama untuk datang menemui guru pengawas mereka untuk berlatih dikir bagi murid-murid lelaki dan takhtim bagi murid-murid perempuan, manakala murid Darjah VI yang akan diraikan pula sibuk menghalusi bacaan-bacaan mereka dibawah bimbingan guru Al-Quran mereka.

Dalam ruangan kali ini, ingin saya merista kembali Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I - iaitu Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 :

Majlis Khatam Al-Quran pada tahun 2006 telah diadakan pada Hari Sabtu, 26hb Ogos 2006M bersamaan dengan 02hb Sya'aban 1427H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK majlis Khatam tahun itu.

Dalam majlis khatam ini, seramai 29 orang murid yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan telah diraikan, yang mana seorang daripada murid yang diraikan itu berada dalam darjah IV, manakala seorang lagi telah mengikuti bimbingan skim khatam bawah 10 tahun yang berada di dalam darjah III pada ketika itu.

Dalam Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 ini, Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran 2006 Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah menjemput Yang Mulia LT. KOL. PG HAPIZ BIN PG HJ KAMALUDDIN (MA, PSB, PSC) - Pegawai Pemerintah Batallion Ketiga Tentera Darat DiRaja Brunei Penanjong Garison sebagai tetamu kehormat majlis. Al-hamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar dan do'a khatam Al-Quran dibacakan oleh Muhammad Aizat Bin Sahar - murid khatam yang diraikan, manakala do'a penutup dan do'a Selamat pula dibacakan oleh Cikgu Hj Husaini bin Hj Mokhtar - Guru Ugama Institut Latihan Penanjong Garison - Majlis selesai kira-kira pukul 4.30 petang.

0 comments: