CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 17, 2008

Perjumpaan AJK Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I


16hb Oktober 2008 (KHAMIS) - Satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Darjah VI telah diadakan pada petang tadi bertempat di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I, majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid yang dilantik itu bertujuan untuk mengemaskinikan majlis yang akan diadakan pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1429H itu nanti. Majlis yang bermula pada pukul 2.45petang itu segera dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Antara agenda-agenda yang diperbincangkan pada petang itu ialah penetapan para-para jemputan dan tetamu kehormat majlis, pengurusan dan pengendalian P.A System, penetapan set jamuan beserta dengan kelengkapan-kelengkapan lain disamping membincangkan kemudahan pengangkutan untuk majlis yang akan diadakan itu nanti. Akhir sekali pengerusi majlis mengucapkan ucapan terima kasih diatas kehadiran para Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam diatas kehadiran mereka dan majlis ditutup dengan membaca Surah Al-'Ashr dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan. Majlis tamat kira-kira pukul 3.30 petang.

0 comments: