CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 31, 2008

Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1429H / 2008M

KLIK DI SINI UNTUK GAMBAR YANG LAIN :
.
30/10/2008 (KHAMIS) - Al-hamdulillah, akhirnya hari yang di tunggu telah pun tiba, pada tanggal 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1429H, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Binturan Kem Tutong I, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun dengan jayanya mengadakan Majlis Khatam AL-Quran bagi Murid Darjah VI bagi tahun 2008M / 1429H ini. Seperti yang sedia maklum, pada tahun ini seramai 34 orang murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan telah menyertai Majlis Khatam AL-Quran ini.
.
Pada tahun ini, sekali lagi Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Tahun 2008M/1429H telah menjemput Yang Mulia Kolonel Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Isteri (SMB, PJK, Bsc (Hons), MA, Fellow of ACDSS, psc) - Pemerintah Penanjong Garison ABDB sebagai tetamu khas majlis. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk peserta-peserta khatam yang diiringi oleh 2 orang murid pembawa bunga manggar dan 2 orang murid pembawa bunga dian, dan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Tetamu Khas majlis menandakan bermulanya majlis khatam secara rasmi disusuli dengan bacaan surah-surah oleh murid yang dikhatamkan, manakala bacaan takhtim pula dibacakan oleh murid-murid darjah IV dan V. Bacaan do'a khatam pula dibacakan oleh Awang Hilman Bin Md Bakri - murid khatam yang diraikan. Majlis kemudian diteruskan dengan acara menabur Bunga Rampai dan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu khas majlis. Majlis ditutup dengan bacaan do'a selamat yang dibacakan oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif sebelum beredar ke tempat khas untuk menikmati jamuan. Majlis selesai kira-kira pukul 4.00 petang.
.
Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tahun 2008M / 1429H sukacita ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tetamu Khas majlis kerana berkesudian untuk datang ke majlis khatam ini, juga kepada Pegawai-pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai ABDB, Jemputan Khas, Radio Televisyen Brunei, Para Ibu Bapa dan Penjaga murid serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis khatam ini, semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT jua, Amin Ya Rabbal 'Alamin..

2 comments:

supenanjong said...

Tahniah buat guru-guru, ahli jawantkuasa & murid-murid su binturan, semoga murid-murid yg di raikan mendapat keberkataan

Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong said...

Terima Kasih S.U Penanjong..