CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 26, 2008

RISTAAN : Majlis Khatam Al-Quran Murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I Tahun 1428H / 2007M

Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tahun 2007M / 1428H telah diadakan pada Hari Khamis, 06hb September 2007M bersamaan dengan 24hb Sya,aban 1428H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK Majlis Khatam tahun 2007M/1428M.

Dalam majlis khatam ini, seramai 42 orang murid yang terdiri daripada 16 orang murid lelaki dan 26 orang murid perempuan telah pun berjaya menamatkan dan mengkhatamkan bacaan Al-Quran mereka dibawah bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru dan pengawasan ibu bapa serta penjaga masing-masing.

Dalam Majlis Khatam Al-Quran tahun 2007 ini, Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam 2007 Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah menjemput Yang Mulia Kolonel Haji Aminuddin Ihsan Bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Abidin (SMB, PJK, Bsc (Hons), MA, Fellow of ACDSS, psc) - Pemerintah Penanjong Garison ABDB sebagai tetamu kehormat majlis. Al-hamdulillah, majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar dan do'a khatam Al-Quran dibacakan oleh Awang Mohammad Faiz Bin Salleh - murid khatam yang diraikan, manakala do'a penutup dan do'a selamat majlis pula dibacakan oleh Cikgu Hj Husaini Bin Hj Mokhtar - Guru Ugama Institut Latihan Penanjong Garison - Majlis selesai kira-kira pukul 4.30petang.

0 comments: