





Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 10:26 PM 2 comments
Labels: Aktiviti




Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tahun 2007M / 1428H telah diadakan pada Hari Khamis, 06hb September 2007M bersamaan dengan 24hb Sya,aban 1428H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK Majlis Khatam tahun 2007M/1428M.Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 10:15 PM 0 comments
Labels: Aktiviti









Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 7:09 PM 0 comments
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I akan diadakan iaitu pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1426H hari Khamis. Kini, seluruh warga dan AJK Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I mula bertungkus lumus untuk menghadapi hari untuk meraikan murid-murid yang khatam Al-Quran. Murid-murid darjah IV & V, yang dalam kesibukan untuk menghadapi peperiksaan lisan mereka masih mampu untuk memberi kerjasama untuk datang menemui guru pengawas mereka untuk berlatih dikir bagi murid-murid lelaki dan takhtim bagi murid-murid perempuan, manakala murid Darjah VI yang akan diraikan pula sibuk menghalusi bacaan-bacaan mereka dibawah bimbingan guru Al-Quran mereka.
Dalam ruangan kali ini, ingin saya merista kembali Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I - iaitu Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 :
Majlis Khatam Al-Quran pada tahun 2006 telah diadakan pada Hari Sabtu, 26hb Ogos 2006M bersamaan dengan 02hb Sya'aban 1427H hasil daripada perbincangan dan persetujuan AJK majlis Khatam tahun itu.
Dalam majlis khatam ini, seramai 29 orang murid yang terdiri daripada 13 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan telah diraikan, yang mana seorang daripada murid yang diraikan itu berada dalam darjah IV, manakala seorang lagi telah mengikuti bimbingan skim khatam bawah 10 tahun yang berada di dalam darjah III pada ketika itu.
Dalam Majlis Khatam Al-Quran tahun 2006 ini, Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran 2006 Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah menjemput Yang Mulia LT. KOL. PG HAPIZ BIN PG HJ KAMALUDDIN (MA, PSB, PSC) - Pegawai Pemerintah Batallion Ketiga Tentera Darat DiRaja Brunei Penanjong Garison sebagai tetamu kehormat majlis. Al-hamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran berjalan dengan lancar dan do'a khatam Al-Quran dibacakan oleh Muhammad Aizat Bin Sahar - murid khatam yang diraikan, manakala do'a penutup dan do'a Selamat pula dibacakan oleh Cikgu Hj Husaini bin Hj Mokhtar - Guru Ugama Institut Latihan Penanjong Garison - Majlis selesai kira-kira pukul 4.30 petang.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 1:13 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
16hb Oktober 2008 (KHAMIS) - Satu perjumpaan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Darjah VI telah diadakan pada petang tadi bertempat di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I, majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan ibubapa serta penjaga murid yang dilantik itu bertujuan untuk mengemaskinikan majlis yang akan diadakan pada 30hb Oktober 2008M bersamaan dengan 29hb Syawal 1429H itu nanti. Majlis yang bermula pada pukul 2.45petang itu segera dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Antara agenda-agenda yang diperbincangkan pada petang itu ialah penetapan para-para jemputan dan tetamu kehormat majlis, pengurusan dan pengendalian P.A System, penetapan set jamuan beserta dengan kelengkapan-kelengkapan lain disamping membincangkan kemudahan pengangkutan untuk majlis yang akan diadakan itu nanti. Akhir sekali pengerusi majlis mengucapkan ucapan terima kasih diatas kehadiran para Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam diatas kehadiran mereka dan majlis ditutup dengan membaca Surah Al-'Ashr dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan. Majlis tamat kira-kira pukul 3.30 petang.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 2:55 PM 0 comments
Murid-murid dan guru-guru berkumpul beramai-ramai di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I
Murid-murid lelaki yang hadir berkumpul untuk membaca Surah Yaasin dan Tahlil
Murid-murid perempuan yang hadir berkumpul untuk membaca Surah Yaasin dan Tahlil
Sebelum membaca Surah Yaasin dan Tahlil, guru-guru dan murid-murid sama-sama bertakbir sempena Hari Raya Aidilfitri
Murid-murid perempuan mengangkat tangan berdo'a memohon keberkatan di hari yang mulia
Suasana di dalam Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ketika majlis membaca surah Yaasin di jalankan
Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil di pimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif
Antara guru-guru yang hadir mengawas murid-murid perempuan
Guru-guru rendah bawah yang mengawasi murid-murid di surau
Majlis seperti ini merupakan salah satu aktiviti yang sering diadakan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada setiap tahun ketika Hari Raya Aidilfitri
Murid-murid berkongsi kitab membaca Surah Yaasin
Antara murid lelaki yang sedang membaca Surah Yaasin
Antara murid-murid perempuan yang membaca surah Yaasin dan Tahlil
Walaupun sibuk dengan aktiviti persiapan majlis khatam, namun majlis seperti ini akan dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan murid-murid
Murid-murid perempuan membaca Surah Yaasin beramai-ramai
Salah seorang murid perempuan yang sedang membaca Surah Yaasin
Antara murid perempuan yang berkumpul bersama rakan-rakan mereka di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I
Selepas sahaja majlis bertahlil selesai, murid-murid diarahkan untuk berziarah dan bermaaf-maafan dengan guru-guru
Murid-murid perempuan yang sedang berziarah dengan guru-guru
Murid-murid perempuan beratur dan berbaris untuk berziarah dan bersalaman dengan guru-guru mereka
Murid-murid lelaki juga turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan guru-guru mereka
Murid-murid kelihatan gembira menyambut Aidilfitri di sekolah bersama rakan-rakan
Murid-murid tidak sabar lagi untuk meneruskan kemuncak acara pada hari ini
Selepas sahaja beredar dari Surau seterusnya murid-murid dan guru-guru kelas akan mengadakan majlis "Kelas Terbuka"
Masih belum terlambat untuk murid-murid meraikan Sambutan Hari Guru kepada guru mereka pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, kek ini merupakan kek penghargaan daripada murid-murid kepada salah seorang guru kelas mereka
Murid-murid darjah 2 Jim berkumpul dikelas masing-masing
Beginilah suasana "Kelas Terbuka" Cikgu Kartina dan murid-muridnya ketika sambutan Aidilfitri tadi
Murid-murid perempuan pada hari ini dibenarkan memakai pakaian Baju Kurong bebas khas untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri di sekolah dan majlis "Kelas Terbuka" mereka
Murid-murid Cikgu Yusnani yang berkumpul beramai-ramai ketika "Kelas Terbuka" diadakan
Md.Aminuddin - murid darjah III ini pastinya merasa sangat gembira dan seronok dengan sambutan hari raya di sekolahnya dan akan menjadi kenangan yang paling manis dan sukar untuk dilupakan buatnya ketika berada di Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I iniPosted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 11:00 AM 0 comments
Labels: Aktiviti