CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 23, 2008

Ujian Bulanan ke-2 Untuk Penggal ke-3 Persekolahan

23/08/2008 (SABTU) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah mengadakan ujian bulanan ke-2 untuk penggal ke-3 persekolahan, Ujian ini akan diadakan selama 3 hari untuk darjah rendah bawah dan 4 hari untuk darjah rendah atas, iaitu bermula hari ini 23/08/2008 sehingga 27/08/2008. Antara objektif ujian ini diadakan ialah untuk menilai dan memerhatikan sejauh mana perkembangan pembelajaran dan pemahaman murid-murid dalam pelajaran mereka untuk penggal ke-3 persekolahan ini untuk tindakan selanjutnya sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan bertulis akhir tahun pada bulan November ini nanti.
.
"Setiap orang dapat berhenti apabila perjuangannya sudah bertambah berat, tetapi seorang pejuang yang sebenar tidak pernah berhenti sebelum memenangkan perjuangannya"
- Tanpa Nama

Monday, August 18, 2008

Mesyuarat "Majlis Khatam Al-Quran" Bersama Ibu Bapa/Penjaga Murid


16/08/2008 (SABTU)
: Al-hamdulillah, pada petang hari Sabtu yang lepas, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mengadakan satu perjumpaan bersama dengan ibubapa dan penjaga murid darjah VI bagi sama-sama membincangkan berkenaan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan di penhujung bulan Oktober nanti. Majlis pada petang itu bermula pada jam 2.45 petang, dan dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Asmali Bin Hj Othman. Dalam perjumpaan pada petang itu beberapa buah agenda telah pun diperbincangkan dan ditetapkan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran seperti penetapan tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran nanti yang mana Majlis Khatam Al-Quran ini seperti yang telah dipersetujui akan diadakan pada:
.
Tarikh: 30hb Oktober 2008M @ 29hb Syawal 1429H
Hari: Khamis.
Jam : 01.30 petang.
.
Lain-lain agenda yang telah diperbincangkan pada petang itu ialah lantikan untuk ahli-ahli dalam Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam, Tetamu Kehormat, Kelengkapan, P.A System, Pakaian Untuk Peserta Khatam Al-Quran, Bunga Telor, Peruntukan Kewangan, dan Jamuan. Insya Allah pada tahun ini seramai 34 orang murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan akan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran. Majlis pada petang itu ditutup dengan bacaan Do'a Selamat yang di bacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Majlis pada petang itu selesai pada jam 4.30 petang.

Tuesday, August 12, 2008

Menjawab Dengan Hanya Satu Tamparan


Ada seorang pemuda yang lama bersekolah dan menuntut di negeri Uncle Sam @ Amerika yang kembali semula ke tanah air.? Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang dapat menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu bersetuju untuk mendapatkan orang tersebut.


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah kamu dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 buah pertanyaan untuk ditanya..
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau setan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya .
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit

Kyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya

Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda : Saya tidak dapat untuk tunjukkan..

Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak

Kyai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Sudah tentu tidak ..

Kyai : Itulah yang dinamakan Takdir .

Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : kulit ..

Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : juga kulit..

Kyai : Jadi bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sudah tentu rasa sakit

Kyai : Walaupun Setan dibuat dari api dan Neraka juga dibuat dari api, Namun jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk setan.

Monday, August 4, 2008

Peperiksaan Lisan S.S.R.U 2008 Bermula..

04/08/2008 (ISNIN) - Hari ini, semua murid-murid Darjah VI di semua Sekolah-sekolah ugama seluruh negara akan menduduki peperiksaan lisan mereka untuk peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama (S.S.R.U) 2008, Peperiksaan lisan Sijil Sekolah Rendah Ugama ini akan di adakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari hari ini 4hb Ogos 2008 sehingga 6hb Ogos 2008. Pada tahun ini, seramai 36 orang murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong yang terdiri daripada 21 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan akan menjalani peperiksaan lisan S.S.R.U 2008 sebelum mereka menghadapi peperiksaan bertulis S.S.R.U 2008 yang akan dijalankan pada bulan November 2008 nanti.

Kami warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa mendoakan semoga murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem mendapat ketenangan dan penuh bersedia ketika menghadapi peperiksaan lisan itu agar mendapat dan memperolehi keputusan yang terbaik dan cemerlang. Tidak lupa juga kepada murid-murid darjah VI seluruh negara yang juga menduduki peperiksaan yang sama agar mereka dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

"SESIAPA YANG BERUSAHA UNTUK APA YANG DIINGINKANNYA, NESCAYA IA AKAN MENDAPAT SETIMPAL DENGAN APA YANG TELAH DI USAHAKANNYA"

Thursday, July 31, 2008

Peraduan Tahlil Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Murid Perempuan)


31/07/2008 (KHAMIS) - Pada hari ini murid-murid perempuan dari Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah ikut serta di dalam peraduan tahlil bagi peringkat daerah bagi sekolah-sekolah ugama. Peraduan tahlil sekolah-sekolah ugama tersebut telah berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Sekolah Ugama Binturan Kem telah pun menghantarkan wakil terdiri daripada murid-murid darjah V dan VI . Dalam peraduan ini bacaan tahlil Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong telah dipimpin oleh murid darjah VI iaitu Dyg Nurmu'izzah Binti Mustafa.
Murid-murid lain yang mewakili Sekolah Ugama Binturan Kem dalam pertandingan ini ialah:
  • Dyg Nurzaiyanatul Hafizah Binti Zaini (Darjah V-BA)
  • Dyg Nurul Atikah Binti Nasaruddin (Darjah V-TA)
  • Dyg Amal Nabilah Binti Hj Abdul @ Abdul Rahman (Darjah VI-BA)
  • Dyg Nurliyana Binti Sahar (Darjah VI-ALIF)
  • Dyg Nurmu'izzah Binti Mustafa (Darjah VI-BA)
  • Dyg Nuramalina Binti Azmi (Darjah VI-TA)
  • Dyg Suratul Erni Hanissa Binti Artenis (Darjah V-ALIF)
  • Dyg Fatin Nabilah Binti Yunos (Darjah V-ALIF)

Sekolah yang menduduki pada tempat pertama akan meneruskan lagi saringan ke peringkat separuh akhir. Sebelum ini peserta tahlil lelaki Sekolah Ugama Binturan Kem juga telah turut serta dalam Peraduan Tahlil Sekolah-Sekolah Ugama Peringkat Daerah yang berlangsung pada hari Sabtu, 26hb Julai 2008 beberapa hari yang lepas.

Pihak MODERATOR web blog Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa mengucapkan ucapan TERIMA KASIH kepada MODERATOR dan TENAGA PENGAJAR/PENGAWAS peserta tahlil Sekolah Ugama Penanjong kerana berkesudian menolong untuk mengambil beberapa gambar peserta tahlil Sekolah Ugama Binturan Kem ketika acara berlangsung pada petang tadi.