CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 18, 2008

Mesyuarat "Majlis Khatam Al-Quran" Bersama Ibu Bapa/Penjaga Murid


16/08/2008 (SABTU)
: Al-hamdulillah, pada petang hari Sabtu yang lepas, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mengadakan satu perjumpaan bersama dengan ibubapa dan penjaga murid darjah VI bagi sama-sama membincangkan berkenaan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan di penhujung bulan Oktober nanti. Majlis pada petang itu bermula pada jam 2.45 petang, dan dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Asmali Bin Hj Othman. Dalam perjumpaan pada petang itu beberapa buah agenda telah pun diperbincangkan dan ditetapkan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran seperti penetapan tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran nanti yang mana Majlis Khatam Al-Quran ini seperti yang telah dipersetujui akan diadakan pada:
.
Tarikh: 30hb Oktober 2008M @ 29hb Syawal 1429H
Hari: Khamis.
Jam : 01.30 petang.
.
Lain-lain agenda yang telah diperbincangkan pada petang itu ialah lantikan untuk ahli-ahli dalam Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam, Tetamu Kehormat, Kelengkapan, P.A System, Pakaian Untuk Peserta Khatam Al-Quran, Bunga Telor, Peruntukan Kewangan, dan Jamuan. Insya Allah pada tahun ini seramai 34 orang murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan akan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran. Majlis pada petang itu ditutup dengan bacaan Do'a Selamat yang di bacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Majlis pada petang itu selesai pada jam 4.30 petang.

0 comments: