CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 4, 2008

Peperiksaan Lisan S.S.R.U 2008 Bermula..

04/08/2008 (ISNIN) - Hari ini, semua murid-murid Darjah VI di semua Sekolah-sekolah ugama seluruh negara akan menduduki peperiksaan lisan mereka untuk peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama (S.S.R.U) 2008, Peperiksaan lisan Sijil Sekolah Rendah Ugama ini akan di adakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari hari ini 4hb Ogos 2008 sehingga 6hb Ogos 2008. Pada tahun ini, seramai 36 orang murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong yang terdiri daripada 21 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan akan menjalani peperiksaan lisan S.S.R.U 2008 sebelum mereka menghadapi peperiksaan bertulis S.S.R.U 2008 yang akan dijalankan pada bulan November 2008 nanti.

Kami warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa mendoakan semoga murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem mendapat ketenangan dan penuh bersedia ketika menghadapi peperiksaan lisan itu agar mendapat dan memperolehi keputusan yang terbaik dan cemerlang. Tidak lupa juga kepada murid-murid darjah VI seluruh negara yang juga menduduki peperiksaan yang sama agar mereka dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

"SESIAPA YANG BERUSAHA UNTUK APA YANG DIINGINKANNYA, NESCAYA IA AKAN MENDAPAT SETIMPAL DENGAN APA YANG TELAH DI USAHAKANNYA"

0 comments: