CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, October 10, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

8hb Oktober, 2009 - Khamis - Sekolah Ugama Binturan Penanjong Garison, Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-Murid Darjah VI 1430H/2009M di Dewan Serbaguna Markas Penanjong Garison Tutong. Seramai 26 orang murid lelaki dan perempuan termasuk 3 orang murid dari darjah V telah mengikuti Majlis Khatam Al-Quran tersebut.

Tetamu Khas pada hari tersebut ialah Pemerintah Penanjong Garison, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Kolonel Mohd Tawih Bin Abdullah. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Khas Majlis dan seterusnya bacaan surah Ad-Duha hingga Al-Lahab oleh Peserta Khatam, kemudian bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan.

Bacaan Doa Khatam dibacakan oleh Ak Mohd Rafiul Mahjri bin Pg Saiful Rizam, murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan seterusnya menabur bunga rampai dan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas Majlis dan merenjis minyak wangi oleh Jemputan Khas dan Penjaga Murid dengan diiringi Dikir 'Asyraqal' oleh murid-murid lelaki darjah V dan IV Sekolah Ugama Binturan.



0 comments: