18hb November 2008 (SELASA) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada petang tadi telah pun mengadakan
Sembahyang Sunat Hajat khusus kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan bersijil
Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Brunei (S.S.S.R.U 2008) mereka pada hari
khamis ini. Sembahyang Sunat Hajat dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan
Sembahyang Zohor berjamaah. Sembahyang Hajat pada petang tadi telah diimamkan sendiri oleh
Yang Mulia Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, diikuti oleh beberapa orang guru dan murid-murid lainnya, selesai mengerjakan sembahyang hajat, majlis pada petang itu juga diteruskan dengan
membaca Surah Yaasin beramai-ramai yang dipimpin sekali lagi oleh
Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, manakala
bacaan do'a telah disempurnakan oleh
Yang Mulia Cikgu Asmali Bin Hj Othman. Sebagai pendedahan awal, murid-murid
darjah Pra & I turut menyertai sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaasin diikuti oleh murid-murid dari
darjah IV dan
V Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Sebelum beredar,
Guru Besar Sekolah Ugama Binturan kem Tutong I sempat memberikan
taklimat dan
peraturan-peraturan am yang berkaitan dengan peperiksaan bersijil itu nanti dan sepatah dua kata nasihat untuk murid-murid
darjah VI yang akan menghadapi peperiksaan
bersijil S.S.S.R.U mereka yang bermula pada hari
khamis ini nanti. Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaasin beramai-ramai ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I menjelang sahaja musim peperiksaan diadakan, bertujuan memohon rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT agar dipermudahkan dalam menghadapi segala bentuk urusan dan juga memohon agar diberi petunjuk dan juga hidayah agar dapat membuat yang terbaik dalam
peperiksaan S.S.S.R.U 2008 nanti.
0 comments:
Post a Comment