CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, November 23, 2008

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

22hb November 2008 (SABTU) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah pun mengadakan satu majlis menandatangani rekod kemajuan murid-murid untuk keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang baru sahaja selesai pada minggu yang lepas, Didalam majlis yang diadakan ini, ibu bapa dan penjaga murid berpeluang beramah mesra dengan guru-guru dan tenaga pengajar disamping dapat bertanyakan karenah anak-anak mereka ketika sedang belajar dalam sekolah dan juga terus berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini.

Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian pihak ibu bapa dan penjaga murid kerana sudi untuk meluangkan masa bersama untuk datang ke majlis pada petang itu.

0 comments: