24hb November 2008 (ISNIN) -
Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada petang tadi telah pun mengadakan satu
Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid-murid dari darjah
PRA, I, II, III, IV dan
V yang telah pun berjaya memperolehi dan
mencapai keputusan yang
cemerlang dalam
Peperiksaan Akhir Tahun mereka yang baru sahaja tamat dalam minggu yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan di
Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid
darjah PRA dan
I telah dilakukan oleh
Cikgu Titiwasdi Bin Wahid , dan diikuti pula oleh
Cikgu Zanaidah Binti Hj Gunong yang menyampaikan hadiah-hadiah kepada
murid-murid darjah II & III, dan diakhiri oleh
Cikgu Dayang Tunjol Binti Hj Mumin yang menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid dari
darjah IV dan V. Majlis pada petang itu juga diteruskan dengan
penyampaian cenderamata kepada beberapa orang
murid darjah II & III yang yang telah pun
lulus dan berjaya dalam Peperiksaan Calon Sekolah Arab yang mana mereka bakal memasuki Sekolah Persediaan Arab pada tahun depan. Dengan adanya majlis seumpama ini diharapkan agar dapat
meningkatkan lagi motivasi murid-murid
Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I untuk lebih
belajar dengan bersungguh-sungguh di tahun hadapan dan juga
sebagai cabaran kepada murid-murid yang lain untuk
sentiasa berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk
mencapai keputusan cemerlang dalam pembelajaran mereka.
0 comments:
Post a Comment