CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 30, 2008

Majlis Membaca Tahlil Dan Do'a Arwah


30/08/2008 (SABTU) , Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi, Badan Bahagian Amali dan Kegiatan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah pun mengadakan majlis membaca Tahlil dan Do'a Arwah yang ditujukan khas kepada saudara-saudara kita, para-para guru dan pendidik-pendidik yang telah pun kembali kerahmatullah. Majlis pada petang itu dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dan murid-murid darjah II, III, IV, V dan VI. Majlis dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Asar berjamaah. Bacaan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif diikuti oleh murid-murid dan guru-guru manakala bacaan Do'a Tahlil pula telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin. Majlis membaca Tahlil dan Do'a Arwah menjelang kedatangan bulan Ramadhan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan oleh Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I.


0 comments: