CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 11, 2008

SEKAPUR SIRIH / KATA ALU ALUAN


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WA BARAKAATUH
Al-hamdulillah, segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW, penamat segala nabi dan rasul, pembawa petunjuk dan rahmat sekalian alam, sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabatnya, juga seluruh umatnya yang mengikuti hidayah petunjuk dan perjuangan suci yang dibawa oleh Baginda Nabi.

Bersyukurlah kita kepada Allah, kerana dengan limpah izin dan kurnianya jua web blog untuk Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ini dapat dihasilkan pada 06hb Jun 2008M bersamaan dengan 05hb Jamadil Akhir 1429H hari Isnin.

Blog ini terhasil daripada penelitian dan kewujudan laman blog sekolah ugama lain yang terdapat dalam enjin carian didalam internet, dan ia sememangnya memudahkan saya untuk mengetahui sebarang kegiatan dan aktiviti disana, jadi adalah menjadi satu kerugian yang besar jika saya tidak memulakan tindakan untuk membuka langkah membuat laman blog untuk sekolah, disamping dapat belajar sesuatu yang baru.

Antara objektif dan matlamat penubuhan web blog ini adalah untuk menyampaikan segala maklumat dan kegiatan yang berlaku di dalam mahu pun luar sekolah, seperti majlis-majlis Khatam Al-Quran, lawatan ke beberapa tempat menarik di luar sekolah seperti lawatan ke Pesta Buku , ragam murid-murid dan sebagainya, juga berperanan dalam mempelbagaikan kemahiran guru-guru dalam bidang ICT. Disamping itu juga kewujudan laman blog ini diharapkan dapat memudahkan murid-murid, penjaga dan ibu bapa , guru-guru, bekas murid dan bekas guru-guru yang pernah bertugas disini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong ini disamping dapat bertukar-tukar pendapat dan juga idea untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dan kegiatan tahunan sekolah.


Sekali lagi, adalah di harapkan dengan kewujudan laman blog ini, nama Sekolah Ugama Binturan Kem akan terus naik setanding dengan mana-mana Sekolah Ugama Khas lainnya, disamping itu juga mudah-mudahan jua ia dapat meningkatkan lagi motivasi murid untuk lebih berdaya saing bukan sahaja kepada rakan-rakan dalam sekolah yang sama tetapi kepada rakan-rakan yang berada di sekolah lain dalam memajukan diri masing-masing untuk masa depan yang bakal di hadapi.


Akhir kata, jika terdapat sebarang kesalahan makluman dan fakta yang bakal terdapat didalam kandungan blog ini nanti, teguran membina daripada abiskita adalah sangat-sangat di harapkan untuk mendapatkan web blog yang terbaik. Insya Allah..

IKHLAS DARIPADA:
HSO ORGANIZATION LTD
(Moderator) - http://subinturankem.blogspot.com/

0 comments: