CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 12, 2008

Pengenalan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong

Sekolah-sekolah rendah ugama mula ditubuhkan atas titah perkenan Almarhum KDYMMM Sultan Omar Ali Saifuddien, berdasarkan penyata dan hasil temu bual dengan dua orang pegawai agama dari negeri Johor.
.
Dalam titahnya dalam Penyata Pertama Sekolah-sekolah Ugama Kerajaan Brunei bagi tahun 1956,1957 dan 1958, diantaranya dipetik :
.
"Maka saya dengan sukacita mengingatkan atau menasihatkan rakyat-rakyat negeri ini hendaklah dihantar anak-anak ke sekolah Ugama sama ada lelaki atau perempuan. Maka dari kecil eloklah dilatih dan diasuh serta dikuatkan mengamalkan apa-apa suruhan Ugama dan menjauhkan apa tegahannya."
"Saya berharap pihak yang berkenaan mengisikan sepenuh-penuh sekolah dalam negeri Brunei pelajaran Ugama di sebelah petang dan saya berharap keadaan sekolah-sekolah Ugama Brunei ini dibina lagi dengan berlebih-lebih memberi puas hati dalam serba-serbi perkaranya daripada keadaan yang ada pada masa ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin"
(Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Hamid Bin Mohd Daud, Perkembangan Persekolahan Ugama Di Negara Brunei Darussalam Dari Tahun 1956-1984 Masihi, cetakan pertama 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, ms.xxiii)

.

Pada amnya Sekolah Ugama Binturan Kem merupakan sebuah Sekolah kongsisama bersama dengan Sekolah Rendah Binturan Kem (Sessi Pagi), Sekolah ini memiliki kemudahan seperti kantin sekolah, Dewan besar yang dapat memuatkan seramai 1000 orang dan sebuah surau yang dapat memuatkan seramai 150 murid yang dilengkapi dengan alat berpenghawa dingin. Sekolah Ugama ini terletak didalam kawasan perkhemahan tentera iaitu Binturan Kem @ Penanjong Kem yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Tutong, Sekolah Ugama Binturan Kem memulakan sessi pengajaran mereka bermula dari jam 02.00ptg hingga jam 05.00ptg, Kebanyakkan murid yang belajar di sekolah ini adalah merupakan anak-anak kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera yang bertugas didalam kawasan perkhemahan ini.

.

MOTTO

BERILMU – BERTAKWA – BERAMAL


MISI

Untuk melahirkan kanak-kanak yang patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan larangan agama dan menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan bernegara, cemerlang didunia dan akhirat.


VISI

Kearah pembentukan kesempurnaan insan yang berilmu, berdisiplin, beramal dan berakhlak mulia.


MATLAMAT SEKOLAH

  • Mencapai kecemerlangan didalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.
  • Mendidik kanak-kanak supaya dapat memahami dan mempercayai serta mengamalkan segala ajaran Islam dengan betul, sempurna dan penuh keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
  • Untuk memimpin kanak-kanak supaya cenderung dan berminat kepada ajaran agama sehingga boleh memikul tanggungjawab sepenuhnya bila dewasa kelak.
  • Membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya menjadi rakyat yang berperikemanusiaan, mulia berasaskan kepada ajaran agama Islam yang suci.
  • Melahirkan kanak-kanak yang patuh kepada perintah Allah Ta’aladan meninggalkan larangan agama supaya menjadi insane cemerlang kehidupannya didunia dan akhirat

0 comments: