CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 17, 2008

Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam sempena Isra' dan Mi'raj 1429H/2008M


Pusat Da'wah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama pada masa ini membukakan penyertaan Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam sempena Isra' dan Mi'raj 1429H/2008M. Peraduan ini dibahagikan kepada tiga kategori penulisan iaitu:

1. Kategori peraduan menulis Sajak

2. Kategori peraduan menulis Rencana

3. Kategori peraduan menulis Cerita Kanak-Kanak Bergambar

Peraduan terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan berumur tidak kurang dari 18 tahun.Panjang penulisan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

1. Penulisan Sajak : tidak dihadkan dan hendaklah bersesuaian dengan ciri-ciri sebuah sajak yang sempurna.

2. Penulisan Rencana : Antara 3,000 hingga 5,000 patah perkataan.

3. Penulisan Cerita Kanak-Kanak Bergambar : Antara 500 - 800 patah perkataan.

Setiap peserta mestilah mengisi borang peraduan yang telah disediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap.Borang penyertaan dan keterangan lanjut peraduan boleh didapati daripada: Urus Setia Peraduan Penulisan Seni Kreatif Berunsur Islam Pusat Da'wah Islamiah dan daripada Unit Da'wah di setiap daerah ATAU berhubung terus di talian 2383996 ext 202/203.

Hasil karya yang diperadukan beserta borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

URUS SETIA PERADUAN PENULISAN SENI KREATIF BERUNSUR ISLAM SEMPENA SAMBUTAN ISRA' DAN MI'RAJ TAHUN 1429H/2008M PUSAT DA'WAH ISLAMIAH KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN KEBANGSAAN, KAMPONG PULAIE, BERAKAS BB4310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ATAU URUS SETIA UNIT DA;WAH DAERAH TUTONG, URUS SETIA UNIT DA'WAH DAERAH BELAIT DAN URUS SETIA UNIT DA'WAH DAERAH TEMBURONG.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari RABU, 31.12.2008 jam 4:00 petang.

0 comments: