
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sunday, December 28, 2008
Selamat Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1430H
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 7:00 PM 0 comments
Labels: Lain-lain
Monday, December 8, 2008
Salam Aidiladha 1429H / 2008M
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh..
Sukacita saya mewakili warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada murid-murid dan guru-guru Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong juga kepada seluruh umat Islam Negara Brunei Darussalam dan kepada sesiapa jua yang membaca laman web blog Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ini dimana jua biskita berada
كل عام وأنتم بخير
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 6:30 AM 0 comments
Labels: Lain-lain
Sunday, November 30, 2008
Cuti Penggal Ke-4 Kini Bermula
29hb November 2008 (SABTU) - Hari ini berakhirlah sudah Sessi Persekolahan untuk penggal ke-4 untuk tahun 2008M/1429H bagi seluruh sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam, dan menyusul pula Cuti Penggal ke-4 Persekolahan yang bermula pada 01hb Disember 2008 sehinggalah sekolah di buka semula pada hari Isnin, 05hb Januari 2009M tahun depan. Dan saya mewakili seluruh warga Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada murid-murid dan guru-guru Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong khasnya, dan juga kepada murid-murid dan guru-guru diluar sana. Dan juga kepada murid murid Darjah VI yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan S.S.S.R.U petang tadi agar terus berdo'a semoga mendapat kejayaan dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaaan yang baru sahaja selesai mereka diduduki pada petang tadi.Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 12:30 AM 0 comments
Labels: Lain-lain
Tuesday, November 25, 2008
Naik Kelas Dan Darjah Baru
24hb November 2008 (ISNIN) - Selesai sahaja Majlis Penyampaian Hadiah pada petang itu, murid-murid telah dibahagikan dan dipecahkan dengan kumpulan-kumpulan baru untuk beredar menaiki kelas dan darjah baru mereka bersama dengan guru kelas masing-masing untuk sessi persekolahan tahun hadapan, bermacam-macam ragam dapat disaksikan pada petang itu terutamanya bagi murid-murid darjah PRA yang naik ke Darjah I, ada yang kelihatan gembira kerana masih dapat bersama rakan-rakan seperjuangan dari kelas lama, dan ada pula yang kelihatan sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang lain dan juga guru-guru yang telah membimbing mereka sebelum ini. Dan keadaan akan kembali seperti biasa setelah murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran mereka yang baru dalam sedikit masa sahaja lagi.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 2:38 AM 0 comments
Labels: Lain-lain
Majlis Penyampaian Hadiah Untuk Murid-Murid Cemerlang Tahun 2008M/1429H

24hb November 2008 (ISNIN) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada petang tadi telah pun mengadakan satu Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid-murid dari darjah PRA, I, II, III, IV dan V yang telah pun berjaya memperolehi dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun mereka yang baru sahaja tamat dalam minggu yang lepas. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Penyampaian hadiah-hadiah bagi murid-murid darjah PRA dan I telah dilakukan oleh Cikgu Titiwasdi Bin Wahid , dan diikuti pula oleh Cikgu Zanaidah Binti Hj Gunong yang menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid darjah II & III, dan diakhiri oleh Cikgu Dayang Tunjol Binti Hj Mumin yang menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid dari darjah IV dan V. Majlis pada petang itu juga diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada beberapa orang murid darjah II & III yang yang telah pun lulus dan berjaya dalam Peperiksaan Calon Sekolah Arab yang mana mereka bakal memasuki Sekolah Persediaan Arab pada tahun depan. Dengan adanya majlis seumpama ini diharapkan agar dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I untuk lebih belajar dengan bersungguh-sungguh di tahun hadapan dan juga sebagai cabaran kepada murid-murid yang lain untuk sentiasa berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Membaca sudah..
Latihan sudah..
Ujian sudah..
Yang tinggal hanyalah penyampaian hadiah..
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 1:31 AM 0 comments
Labels: Aktiviti
Sunday, November 23, 2008
Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid
22hb November 2008 (SABTU) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I petang tadi telah pun mengadakan satu majlis menandatangani rekod kemajuan murid-murid untuk keputusan Peperiksaan Akhir Tahun yang baru sahaja selesai pada minggu yang lepas, Didalam majlis yang diadakan ini, ibu bapa dan penjaga murid berpeluang beramah mesra dengan guru-guru dan tenaga pengajar disamping dapat bertanyakan karenah anak-anak mereka ketika sedang belajar dalam sekolah dan juga terus berbincang mengenai masalah-masalah yang dihadapi mengenai pembelajaran anak-anak mereka di sekolah ini. Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 11:00 AM 0 comments
Tuesday, November 18, 2008
Sembahyang Sunat Hajat Dan Membaca Surah Yaasin
18hb November 2008 (SELASA) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada petang tadi telah pun mengadakan Sembahyang Sunat Hajat khusus kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan bersijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Brunei (S.S.S.R.U 2008) mereka pada hari khamis ini. Sembahyang Sunat Hajat dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan Sembahyang Zohor berjamaah. Sembahyang Hajat pada petang tadi telah diimamkan sendiri oleh Yang Mulia Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, diikuti oleh beberapa orang guru dan murid-murid lainnya, selesai mengerjakan sembahyang hajat, majlis pada petang itu juga diteruskan dengan membaca Surah Yaasin beramai-ramai yang dipimpin sekali lagi oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, manakala bacaan do'a telah disempurnakan oleh Yang Mulia Cikgu Asmali Bin Hj Othman. Sebagai pendedahan awal, murid-murid darjah Pra & I turut menyertai sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaasin diikuti oleh murid-murid dari darjah IV dan V Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Sebelum beredar, Guru Besar Sekolah Ugama Binturan kem Tutong I sempat memberikan taklimat dan peraturan-peraturan am yang berkaitan dengan peperiksaan bersijil itu nanti dan sepatah dua kata nasihat untuk murid-murid darjah VI yang akan menghadapi peperiksaan bersijil S.S.S.R.U mereka yang bermula pada hari khamis ini nanti. Sembahyang Sunat Hajat dan membaca Surah Yaasin beramai-ramai ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I menjelang sahaja musim peperiksaan diadakan, bertujuan memohon rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT agar dipermudahkan dalam menghadapi segala bentuk urusan dan juga memohon agar diberi petunjuk dan juga hidayah agar dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan S.S.S.R.U 2008 nanti. Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 10:54 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Saturday, November 8, 2008
Peperiksaan Akhir Tahun 2008M/1429H

Seperti yang sudah dimaklumkan pihak sekolah sebelum ini, Peperiksaan Akhir Tahun 2008M/1429H bagi Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun bermula pada 06hb November 2008 dan akan berakhir pada 15hb November 2008 hari Sabtu. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan kerjasama daripada ibu bapa serta penjaga murid untuk sentiasa memantau dan mengawasi pembelajaran mereka ketika musim peperiksaan sedang dijalankan ini. Manakala bagi murid-murid darjah VI yang akan menduduki peperiksaan bersijil "Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama - S.S.S.R.U" pula Insya Allah akan memulakan peperiksaan bertulis mereka pada hari Khamis, 20hb November 2008 ini nanti.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 8:45 PM 0 comments










