CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 15, 2009

Solat Sunat Hajat, Membaca Ratib Dan Surah Yassin.

14hb Julai 2009, Selasa- Guru-guru dan murid-murid darjah 4, 5 dan 6 Sekolah Ugama Binturan telah mengadakan aktiviti iaitu Solat Sunat Hajat, Membaca Ratib Al-Attas bagi memohon kepada Allah Subhananu Wataala supaya Negara Brunei Darussalam terhindar daripada merebaknya Wabak Influenza A H1N1 dan Membaca Surah Yassin bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 63 Tahun.

Solat sunat hajat pada hari tersebut telah diimamkan oleh Cikgu Mohd. Azizan Bin Hj Abd Latif, kemudian diselajurkan dengan bacaan Ratib Al-Attas. Aktiviti solat sunat hajat ini dilakukan pada setiap hari waktu persekolahan iaitu selepas murid-murid menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah dan diimamkan oleh guru-guru lelaki secara bergilir-gilir. Manakala, bacaan Ratib Al-Attas dibaca 2 kali dalam seminggu.

Pada hari itu juga, Guru-guru dan murid-murid darjah pra, 1, 4, 5 dan 6 telah mengadakan aktiviti membaca surah yassin yang diketuai oleh Cikgu Mohd. Alimin bin Rahimin bersempena menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddin Wadaulah Sultan Dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 Tahun, bagi memohon kepada Allah Subhananu Wataala semoga Baginda dalam keadaan sihat walafiat dan kekal karar memerintah di atas takhta.

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Sekolah Ugama Binturan. Aktiviti pada hari itu selesai kira-kira pukul 3.30 ptg.

0 comments: