CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, July 30, 2008

Majlis Membaca Ratib Al-Attas


29/07/2008 (SELASA) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini melalui Badan Bahagian Amali dan Kegiatan telah mengadakan majlis membaca Ratib Al-Attas bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj, Majlis membaca Ratib Al-Attas ini dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang Fardhu Asar berjamaah, Majlis pada petang itu dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dan murid-murid darjah II, III, IV, V dan VI, Bacaan Ratib Al-Attas di pimpin oleh Yang Mulia Cikgu Abu Nazim Bin Abu Bakar diikuti oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis selesai kira-kira pukul 4.45petang.
.
Antara faedah dan fadhilat membaca Ratib Al-Attas seperti yang terkandung dalam kitab Ratib Al-Attas ialah amalan membaca Ratib Al-Attas ini Insya Allah akan membawa keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya daripada sebarang kejadian kebakaran dan kecurian dan sebagainya, manakala pembacanya Insya Allah akan dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sebarang ancaman sihir serta terlindung daripada segala bala dan penyakit iaitu dengan berkat ayat Al-Quran, Asma' Allah dan zikir-zikir yang terkandung dalam Ratib ini..Wallahu A'alam.

0 comments: