Kami warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan tahniah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sambutan hari keputeraan baginda yang ke 62 tahun, semoga baginda berada dalam limpah rahmat dan perlindungan sentiasa daripada Allah S.W.T jua, Amin..Ya Rabbal 'Aalamin, Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.
Tuesday, July 15, 2008
Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 9:13 AM 0 comments
Labels: Lain-lain
Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Tahlil
14/07/2008 (Isnin) : Satu majlis membaca Surah Yaasin, Tahlil dan do'a kesyukuran telah di adakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong, Majlis ini di buat bersempena dengan sambutan hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kali yang ke 62 tahun, Majlis di adakan selesai sahaja murid-murid selesai mengerjakan Sembahyang fardhu Zohor berjamaah, majlis petang itu di hadiri oleh tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I, murid-murid darjah PRA, I, IV, V & VI. Majlis di mulai dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif, manakala do'a Tahlil di bacakan oleh Ketua Murid Darjah VI iaitu Awg Hilman Bin Bakri manakala Do'a Peliharakan Sultan di baca oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif. Majlis ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan oleh Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I menjelang hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, disamping dapat melatih murid-murid untuk dapat membiasakan diri dalam acara-acara keagamaan sama ada di dalam atau pun diluar sekolah.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 6:30 AM 0 comments
Labels: Aktiviti
Tuesday, July 8, 2008
Kebakaran Hutan
08/07/2008 (SELASA) : Satu kebakaran hutan telah berlaku di Kawasan Hutan Kg Keriam pada jam 4.15 petang tadi, asap tebal yang berpunca dari kebakaran tersebut kelihatan dengan jelas dari bangunan Sekolah Ugama Binturan Kem yang menghadap ke kawasan tersebut sehingga menyebabkan tumpuan murid-murid terganggu seketika ketika kejadian kebakaran berlaku, cuaca yang panas dan tidak menentu mungkin menjadi punca berlakunya kebakaran tersebut.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 11:23 PM 0 comments
Labels: Lain-lain
Monday, June 30, 2008
Penggal Persekolahan Ke-3 Bermula Hari Ini
Bacaan Surah Yaasin di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif
Guru-guru dan murid-murid perempuan yang turut membaca Surah Yaasin
Aktiviti ini termasuk dalam aktiviti tahunan yang sering dilakukan Sekolah Ugama Binturan ketika penggal persekolahan bermula
30/06/2008 (ISNIN) : Al-hamdulillah, dengan tamatnya cuti penggal persekolahan ke-2 kelmarin membawa maksud yang penggal ke-3 persekolahan telah pun membuka tirainya, Seperti kelazimannya di permulaan penggal persekolahan ke-3 ini, satu aktiviti majlis membaca Yaasin beramai-ramai bersama guru-guru dan murid-murid Darjah I, IV, V & VI telah di adakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong, Majlis di mulakan selesai sahaja murid-murid mengerjakan sembahyang fardhu Zohor. Dalam majlis ini bacaan Surah Yaasin di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif dan bacaan do'a dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin. Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem sekali lagi mengucapkan selamat kembali ke sekolah semoga segala amal jariah yang kitani lakukan di penggal ini akan di terima oleh Allah jua. AMIN..
(P/S : Tidak ada gambar pilihan yang menarik untuk dipilih kerana kamera yang digunakan telah kehabisan bateri)
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 6:25 PM 0 comments
Labels: Aktiviti
Saturday, June 28, 2008
Cuti Penggal Persekolahan Sudah Menghampiri Penghujung
28/o6/2008 (Sabtu) : Cuti penggal persekolahan ke-2 sudah pun menghampiri ke penghujungnya, dan penggal ke-3 persekolahan akan membuka tirai-tirai perjuangan pada 30/06/2008 hari Isnin ini nanti, Sekolah Ugama Binturan yang sepi sejak permulaan cuti akan kembali ceria dengan aktiviti-aktiviti dan sessi pembelajaran yang akan diadakan pada penggal ke-3 persekolahan ini, adalah diharapkan kepada murid-murid agar lebih bersedia menghadapi penggal persekolahan ke-3 ini untuk mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan daripada sebelumnya, akhir kata di ucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah kepada warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem khasnya dan kepada murid-murid dan tenaga-tenaga pengajar di luar sana amnya.
Posted by Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong at 6:22 PM 0 comments
Labels: Lain-lain
Subscribe to:
Posts (Atom)















