CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 6, 2009

Majlis Membaca Surah Yaasin Sempena Penggal Pertama Persekolahan 2009M/1430H


06hb Januari 2009M @ SELASA - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin sempena awal penggal persekolahannya untuk tahun 2009M/1430H ini, Majlis telah diadakan di Surau Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong selesai sahaja murid-murid mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjamaah. Majlis membaca Surah Yaasin itu dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid Darjah I,IV,V & VI. Bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif, manakala bacaan Do'a Yaasin dibacakan oleh Cikgu Alimin Bin Rahimin, dan seterusnya Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif sekali lagi membacakan do'a khas memohon kejayaan untuk murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong. Aktiviti membaca Surah Yaasin ini merupakan aktiviti tahunan yang sering dilakukan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong terutamanya bila penggal persekolahan akan bermula. Sebelum murid-murid beredar menuju ke kelas masing-masing, Guru Besar sekolah sempat memberikan kata-kata nasihat dan galakan kepada murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem untuk belajar dengan lebih rajin dan bersungguh-sungguh pada tahun ini untuk mencapai keputusan yang lebih baik daripada yang sebelumnya.

0 comments: