CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 24, 2009

Majlis Membaca Surah Yassin Bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan

21hb Februari 2009, Sabtu - Guru-guru dan Murid-murid Darjah Pra, I, IV,V dan VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin Dan Doa Kesyukuran Bersempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Adapun tujuan utama majlis ini diadakan ialah memohon kepada Allah S.W.T semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, dibawah naungan raja yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.




Bacaan Surah Yassin pada petang itu diketuai oleh Cikgu Abu Nazim Bin Abu Bakar, sementara Doa Kesyukuran dibaca oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif. Semoga dengan bacaan Surah Yassin dan Doa Kesyukuran tersebut, Negara Brunei Darussalam terhindar dari malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. jua. Amin..


Majlis pada petang itu berakhir pada jam 3.30 petang.


Saturday, February 7, 2009

Sembahyang Sunat Hajat, Membaca Surah Yaasin Dan Bacaan Ratib Al-Attas

07hb Februari 2009 @ SABTU - Murid-murid Darjah IV, V dan VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I pada petang tadi telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat berjema'ah memohon perlindungan daripada Allah S.W.T agar terhindar daripada malapetaka dan musibah serta bencana. Seperti yang sudah kita sedia maklum, pada ketika ini Negara Brunei Darussalam sedang mengalami fenomena cuaca buruk dan hujan lebat luar biasa sejak bulan Januari yang lepas sehingga mengakibatkan banjir kilat dan tanah susur di beberapa buah kawasan dan tempat di dalam negara ini.

Sembahyang Sunat Hajat pada petang tadi telah pun di imamkan oleh Cikgu Mohd Azizan Bin Hj Abd Latif sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan Sembahyang Fardhu Zohor berjema'ah. Selesai sahaja murid-murid mengerjakan sembahyang sunat hajat, sekali lagi murid-murid dari darjah PRA dan I dikumpulkan untuk sama-sama membaca Surah Yaasin yang di pimpin oleh Cikgu Alimin Bin Rahimin, dan di teruskan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Cikgu Abu Nazim Bin Abu Bakar. Antara faedah dan fadhilat membaca Ratib Al-Attas seperti yang terkandung dalam kitab Ratib Al-Attas ialah amalan membaca Ratib Al-Attas ini Insya Allah akan membawa keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya daripada sebarang kejadian kebakaran dan kecurian dan sebagainya, manakala pembacanya Insya Allah akan dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sebarang ancaman sihir serta terlindung daripada segala bala dan penyakit iaitu dengan berkat ayat Al-Quran, Asma' Allah dan zikir-zikir yang terkandung dalam Ratib ini..Wallahu A'alam.

Majlis pada petang tadi selesai dalam pukul 3.30 petang, semoga segala amalan, hajat-hajat yang dipohonkan, do'a-do'a dan zikir-zikir yang dibaca akan diterima oleh Allah S.W.T jua untuk mendapatkan rahmat serta belas ehsan daripadaNya .. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..

Thursday, February 5, 2009

Keputusan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Brunei 2008M / 1429H

Klik Gambar Untuk Gambar Yang Lebih Besar

05hb Februari 2009 @ Khamis - Al-hamdulillah, pada petang tadi, keputusan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama Brunei (S.S.S.R.U.B) telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei untuk diedarkan ke seluruh sekolah-sekolah ugama di negara ini.

Al-hamdulillah, pada tahun ini Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mencatatkan keputusan 100% lulus kepada murid-muridnya yang telah pun menduduki peperiksaan ini di tahun yang lepas, Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dengan ini tidak lupa merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah pun berjaya dalam peperiksaan ini, semoga ilmu yang telah diperolehi semasa pengajian ditahun yang lepas itu akan terus diamalkan dan diguna pakai oleh murid-murid di dalam menghadapi kehidupan bermasyarakat disamping terus mendalami lagi ilmu-ilmu ugama yang sedia ada melalui pengajian di sekolah dan melalui kaedah pembacaan melalui buku-buku dan artikel-artikel ilmiah.

Slip-slip keputusan peperiksaan itu nanti boleh lah diambil di hari persekolahan di buka iaitu pada jam 1.30 petang sehingga jam 5.00 petang melalui guru-guru kelas masing-masing.