CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 30, 2008

Majlis Membaca Tahlil Dan Do'a Arwah


30/08/2008 (SABTU) , Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi, Badan Bahagian Amali dan Kegiatan Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah pun mengadakan majlis membaca Tahlil dan Do'a Arwah yang ditujukan khas kepada saudara-saudara kita, para-para guru dan pendidik-pendidik yang telah pun kembali kerahmatullah. Majlis pada petang itu dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dan murid-murid darjah II, III, IV, V dan VI. Majlis dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Asar berjamaah. Bacaan Tahlil telah dipimpin oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif diikuti oleh murid-murid dan guru-guru manakala bacaan Do'a Tahlil pula telah dibacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin. Majlis membaca Tahlil dan Do'a Arwah menjelang kedatangan bulan Ramadhan ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang sering diadakan oleh Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I.


Tuesday, August 26, 2008

Membaca Surah Yaasin Dan Tahlil Arwah Khusus Kepada Allahyarhamah Datin Hjh Yukmas Binti Hj Mohammad

26/08/2008 (SELASA) - Dalam kesibukan murid-murid menghadapi Ujian Bulanan ke-2 untuk penggal persekolahan ke-3 ini, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah sempat mengadakan majlis membaca Surah Yaasin dan Tahlil Arwah ditujukan khas kepada Allahyarhamah Datin Hjh Yukmas Binti Hj Mohammad isteri kepada Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Haji Md Zain Bin Haji serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama yang telah kembali kerahmatullah pada 25hb Ogos 2008 hari Isnin kelmarin. Majlis yang telah diadakan pada petang itu dihadiri sama oleh tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dan murid-murid sessi awal iaitu Darjah Pra, I, IV, V dan VI. Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil Arwah ini dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang fardhu Zohor berjamaah yang mana bacaan Surah Yaasin dan Tahlil Arwah ini telah diketuai oleh Yang Mulia Cikgu Azizan Bin Hj Abd Latif diikuti oleh tenaga-tenaga pengajar dan murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I.
.
Akhir sekali sama-sama kita berdo'a semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan tergolong di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal solih serta dimasukkan kedalam golongan ahli-ahli syurga. Amin..

Monday, August 25, 2008

Mushaf Brunei Darussalam

25/08/2008 (ISNIN) - Alhamdulillah, pada petang tadi, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun menerima sejumlah 362 Mushaf Brunei Darussalam (Edisi Kecil) melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk diagih-agihkan kepada murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I, Mushaf ini juga turut diagih-agihkan kepada beberapa buah Sekolah Ugama dan Sekolah Menengah di sekitar daerah Tutong ini, untuk mengambil mushaf-mushaf ini beberapa orang guru Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun ditugaskan untuk mengambil mushaf-mushaf ini yang bertempat di Dewan Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong. Adalah diharapkan agar semua murid-murid agar dapat menggunakan dan memanfaatkan penggunaan Mushaf ini dengan sebaik-baiknya agar mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian mahupun akhirat nanti.

Saturday, August 23, 2008

Ujian Bulanan ke-2 Untuk Penggal ke-3 Persekolahan

23/08/2008 (SABTU) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah mengadakan ujian bulanan ke-2 untuk penggal ke-3 persekolahan, Ujian ini akan diadakan selama 3 hari untuk darjah rendah bawah dan 4 hari untuk darjah rendah atas, iaitu bermula hari ini 23/08/2008 sehingga 27/08/2008. Antara objektif ujian ini diadakan ialah untuk menilai dan memerhatikan sejauh mana perkembangan pembelajaran dan pemahaman murid-murid dalam pelajaran mereka untuk penggal ke-3 persekolahan ini untuk tindakan selanjutnya sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan bertulis akhir tahun pada bulan November ini nanti.
.
"Setiap orang dapat berhenti apabila perjuangannya sudah bertambah berat, tetapi seorang pejuang yang sebenar tidak pernah berhenti sebelum memenangkan perjuangannya"
- Tanpa Nama

Monday, August 18, 2008

Mesyuarat "Majlis Khatam Al-Quran" Bersama Ibu Bapa/Penjaga Murid


16/08/2008 (SABTU)
: Al-hamdulillah, pada petang hari Sabtu yang lepas, Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah pun mengadakan satu perjumpaan bersama dengan ibubapa dan penjaga murid darjah VI bagi sama-sama membincangkan berkenaan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan di penhujung bulan Oktober nanti. Majlis pada petang itu bermula pada jam 2.45 petang, dan dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang di ketuai oleh Yang Mulia Cikgu Asmali Bin Hj Othman. Dalam perjumpaan pada petang itu beberapa buah agenda telah pun diperbincangkan dan ditetapkan bersama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran seperti penetapan tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran nanti yang mana Majlis Khatam Al-Quran ini seperti yang telah dipersetujui akan diadakan pada:
.
Tarikh: 30hb Oktober 2008M @ 29hb Syawal 1429H
Hari: Khamis.
Jam : 01.30 petang.
.
Lain-lain agenda yang telah diperbincangkan pada petang itu ialah lantikan untuk ahli-ahli dalam Ahli Jawatankuasa Majlis Khatam, Tetamu Kehormat, Kelengkapan, P.A System, Pakaian Untuk Peserta Khatam Al-Quran, Bunga Telor, Peruntukan Kewangan, dan Jamuan. Insya Allah pada tahun ini seramai 34 orang murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan akan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran. Majlis pada petang itu ditutup dengan bacaan Do'a Selamat yang di bacakan oleh Yang Mulia Cikgu Alimin Bin Rahimin dan seterusnya beredar untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Majlis pada petang itu selesai pada jam 4.30 petang.

Tuesday, August 12, 2008

Menjawab Dengan Hanya Satu Tamparan


Ada seorang pemuda yang lama bersekolah dan menuntut di negeri Uncle Sam @ Amerika yang kembali semula ke tanah air.? Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, kiai atau siapapun yang dapat menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu bersetuju untuk mendapatkan orang tersebut.


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah kamu dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 buah pertanyaan untuk ditanya..
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau setan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa anda marah kepada saya?

Kyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya .
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti

Kyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit

Kyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya

Kyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda : Saya tidak dapat untuk tunjukkan..

Kyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama: kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak

Kyai : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Sudah tentu tidak ..

Kyai : Itulah yang dinamakan Takdir .

Kyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : kulit ..

Kyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : juga kulit..

Kyai : Jadi bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sudah tentu rasa sakit

Kyai : Walaupun Setan dibuat dari api dan Neraka juga dibuat dari api, Namun jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk setan.

Monday, August 4, 2008

Peperiksaan Lisan S.S.R.U 2008 Bermula..

04/08/2008 (ISNIN) - Hari ini, semua murid-murid Darjah VI di semua Sekolah-sekolah ugama seluruh negara akan menduduki peperiksaan lisan mereka untuk peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama (S.S.R.U) 2008, Peperiksaan lisan Sijil Sekolah Rendah Ugama ini akan di adakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari hari ini 4hb Ogos 2008 sehingga 6hb Ogos 2008. Pada tahun ini, seramai 36 orang murid-murid darjah VI Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong yang terdiri daripada 21 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan akan menjalani peperiksaan lisan S.S.R.U 2008 sebelum mereka menghadapi peperiksaan bertulis S.S.R.U 2008 yang akan dijalankan pada bulan November 2008 nanti.

Kami warga-warga Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa mendoakan semoga murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem mendapat ketenangan dan penuh bersedia ketika menghadapi peperiksaan lisan itu agar mendapat dan memperolehi keputusan yang terbaik dan cemerlang. Tidak lupa juga kepada murid-murid darjah VI seluruh negara yang juga menduduki peperiksaan yang sama agar mereka dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

"SESIAPA YANG BERUSAHA UNTUK APA YANG DIINGINKANNYA, NESCAYA IA AKAN MENDAPAT SETIMPAL DENGAN APA YANG TELAH DI USAHAKANNYA"