CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 31, 2008

Peraduan Tahlil Peringkat Daerah Bagi Sekolah-Sekolah Ugama (Murid Perempuan)


31/07/2008 (KHAMIS) - Pada hari ini murid-murid perempuan dari Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I telah ikut serta di dalam peraduan tahlil bagi peringkat daerah bagi sekolah-sekolah ugama. Peraduan tahlil sekolah-sekolah ugama tersebut telah berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain Tutong. Sekolah Ugama Binturan Kem telah pun menghantarkan wakil terdiri daripada murid-murid darjah V dan VI . Dalam peraduan ini bacaan tahlil Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong telah dipimpin oleh murid darjah VI iaitu Dyg Nurmu'izzah Binti Mustafa.
Murid-murid lain yang mewakili Sekolah Ugama Binturan Kem dalam pertandingan ini ialah:
  • Dyg Nurzaiyanatul Hafizah Binti Zaini (Darjah V-BA)
  • Dyg Nurul Atikah Binti Nasaruddin (Darjah V-TA)
  • Dyg Amal Nabilah Binti Hj Abdul @ Abdul Rahman (Darjah VI-BA)
  • Dyg Nurliyana Binti Sahar (Darjah VI-ALIF)
  • Dyg Nurmu'izzah Binti Mustafa (Darjah VI-BA)
  • Dyg Nuramalina Binti Azmi (Darjah VI-TA)
  • Dyg Suratul Erni Hanissa Binti Artenis (Darjah V-ALIF)
  • Dyg Fatin Nabilah Binti Yunos (Darjah V-ALIF)

Sekolah yang menduduki pada tempat pertama akan meneruskan lagi saringan ke peringkat separuh akhir. Sebelum ini peserta tahlil lelaki Sekolah Ugama Binturan Kem juga telah turut serta dalam Peraduan Tahlil Sekolah-Sekolah Ugama Peringkat Daerah yang berlangsung pada hari Sabtu, 26hb Julai 2008 beberapa hari yang lepas.

Pihak MODERATOR web blog Sekolah Ugama Binturan Kem tidak lupa mengucapkan ucapan TERIMA KASIH kepada MODERATOR dan TENAGA PENGAJAR/PENGAWAS peserta tahlil Sekolah Ugama Penanjong kerana berkesudian menolong untuk mengambil beberapa gambar peserta tahlil Sekolah Ugama Binturan Kem ketika acara berlangsung pada petang tadi.

Wednesday, July 30, 2008

Majlis Membaca Ratib Al-Attas


29/07/2008 (SELASA) - Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini melalui Badan Bahagian Amali dan Kegiatan telah mengadakan majlis membaca Ratib Al-Attas bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj, Majlis membaca Ratib Al-Attas ini dimulakan sebaik sahaja murid-murid selesai mengerjakan sembahyang Fardhu Asar berjamaah, Majlis pada petang itu dihadiri oleh tenaga-tenaga pengajar Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I dan murid-murid darjah II, III, IV, V dan VI, Bacaan Ratib Al-Attas di pimpin oleh Yang Mulia Cikgu Abu Nazim Bin Abu Bakar diikuti oleh guru-guru dan murid-murid Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I. Majlis selesai kira-kira pukul 4.45petang.
.
Antara faedah dan fadhilat membaca Ratib Al-Attas seperti yang terkandung dalam kitab Ratib Al-Attas ialah amalan membaca Ratib Al-Attas ini Insya Allah akan membawa keamanan dan keselamatan bagi rumahtangga dan penghuninya daripada sebarang kejadian kebakaran dan kecurian dan sebagainya, manakala pembacanya Insya Allah akan dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W.T daripada sebarang ancaman sihir serta terlindung daripada segala bala dan penyakit iaitu dengan berkat ayat Al-Quran, Asma' Allah dan zikir-zikir yang terkandung dalam Ratib ini..Wallahu A'alam.

Wednesday, July 23, 2008

Sumbangan Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad (BSP)


23/07/2008 (RABU) : Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I hari ini telah menerima 10 buah unit komputer terpakai hasil sumbangan derma daripada Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad (BSP), Pada pagi itu, 4 orang guru telah pun ditugaskan untuk mengambil komputer tersebut di Panaga, Seria. Kedatangan kami telah disambut oleh wakil daripada BSP iaitu Awg Hamidon. Pihak Sekolah Ugama Binturan Kem Tutong I tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih kepada Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) atas sumbangan mereka untuk memajukan bidang IT dalam pendidikan ugama di Brunei Darussalam. Adalah diharapkan dengan kemudahan komputer ini nanti akan memudahkan guru-guru dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran mereka disamping dapat memajukan lagi kemahiran IT yang sedia ada pada diri masing-masing.


Thursday, July 17, 2008

Junjung Ziarah Bersama KDYMM bagi Daerah Tutong


17/07/2008 (Khamis) : Pada hari ini, satu majlis ramah mesra dan junjung ziarah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama rakyat dan penduduk di daerah Tutong telah pun diadakan bertempat di Kawasan Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, bersempena dengan sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke 62 tahun.
.
Orang ramai dan murid-murid sekolah sudah pun membanjiri kawasan tersebut seawal jam 6.30 pagi. Ikut berangkat bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota General Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
.
Sejurus kedatangan baginda ke Pentas diraja, lagu kebangsaan "Allah Peliharakan Sultan" di mainkan, kemudian di teruskan dengan ucapan daripada Pegawai Daerah Tutong iaitu Awg Haji Jamain Bin Momin dan diteruskan dengan persembahan-persembahan padang. Majlis diteruskan dengan junjung ziarah bersama rakyat-rakyat daerah Tutong sebelum beredar ke dewan santap untuk santap tengahari.
.
Gambar lain boleh didapati di sini.